• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Pertimbang Guna Kit Ujian Pernafasan Kesan COVID-19

oleh
27/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mempertimbangkan penggunaan alat ujian pernafasan yang dikenal pasti sebagai kit pengesanan baharu virus COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pihaknya kini dalam proses menunggu permohonan untuk pembekalan alat ujian berkenaan.

“Setakat ini kita dalam proses untuk menerima permohonan dan kita ada agensi Medical Device Authority (MDA) yang boleh menerima permohonan daripada pembekal untuk menjalankan ujian klinikal bagi menentukan kegunaan di negara ini.

“Alat itu pada masa ini digunakan di Singapura untuk kesan virus menerusi pernafasan dan kaedah ini perlu diteroka untuk diguna pakai di negara ini,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Memetik laporan sebelum ini, ujian pernafasan yang mudah digunakan bagi mengesan COVID-19 dengan tepat dalam seminit itu sudah mendapat kelulusan sementara Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA).

Sistem Ujian Pernafasan BreFence Go COVID-19 itu dibangunkan Breathonix Pte Ltd, sebuah syarikat terbitan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, berikutan laporan berita yang tular mengenai penggunaan ujian pernafasan itu, MDA sudah membuat carian di laman web laboratori luar negara.

“Hasil carian mendapati Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA) dan Therapeutic Goods Administration (TGA) Australia hanya membenarkan penggunaan kit ujian COVID-19 untuk kegunaan profesional.

“Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) Amerika Syarikat pula membenarkan penggunaan ujian sendiri.

“Tetapi kita masih menunggu supaya pihak MDA boleh meluluskan permohonan daripada pembekal dan selepas itu kita boleh guna kit ujian guna sampel pernafasan ini yang dilihat lebih mudah apabila masanya sampai,” katanya.

Dr Adham berkata, KKM juga sedang meneliti untuk memperluaskan ujian pengesanan COVID-19 kendiri melalui sampel air liur.

“Orang ramai buat ujian sendiri untuk tahu status, mereka yang bergejala, sekiranya didapati positif asingkan diri dan kongsi maklumat sama ada dalam MySejahtera atau pegawai kesihatan di pusat kesihatan berdekatan,” katanya.

Pada masa sama beliau menggesa lebih ramai pengamal perubatan swasta tampil berdaftar dengan KKM supaya klinik swasta diberi kuasa sebagai Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau mampu mengeluarkan perintah pemantauan di rumah terhadap pesakit COVID-19.

“Dengan kuasa diberi kepada pengamal perubatan swasta kita ingin ajak mereka untuk tampil daftar. Ini supaya lebih ramai buat ujian sendiri Rapid Test Kit Antigen (RTK Antigen) di rumah dan dapat gunakan fasiliti itu,” katanya. – BH Online

Tags: alat ujian pernafasanCovid-19KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd