• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Armada Bersatu Trending Kerana ‘Kebodohan’?

oleh Cj Mnh
09/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BILA sesuatu topik diperkatakan secara berulang-ulang dan banyak kali, ia akan mula disebut sebagai trending di Twitter.

Apa sahaja isu yang menarik perhatian netizen berpotensi trending.

Ia mungkin hashtag atau topik tertentu yang diulang kicau dan sebut oleh netizen Twitter.

Mungkin ia topik tempatan dan adakalanya topik negara asing seperti melibatkan artis K-pop.

Sebelum ini hashtag #kerajaangagal trending sehingga beberapa hari dan sehingga kini akan kembali tengelamkan timbul hampir setiap hari.

Ia merupakan luahan kecewa rakyat dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hari ini, satu lagi topik tempatan menarik perhatian apabila trending di tempat pertama.

Topiknya ialah Aina. Siapa Aina..? Entah…

Yang menjadi sebutan dan perhatian sejak dua minggu lalu adalah seorang pelajar perempuan bernama Ain.

Ain Husniza Saiful Nizam, 17, seorang pelajar yang berani mendedahkan sikap gurunya yang bergurau mengenai perbuatan rogol di hadapan dirinya dan rakan-rakan sekelas yang lain.

Pendedahan Ain melalui video secara pantas menjadi satu topik nasional dan mengundang kecaman serta sokongan dari pelbagai pressure groups dan kumpulan-kumpulan yang berkepentingan.

Seperti mana bila tumpahnya gula maka semut akan mula menghurung, begitu juga dengan pendedahan Ain.

Pelbagai pemimpin politik dan parti mereka mula menempel dan memperlihatkan sokongan kepada Ain apabila menyedari sentimen dan mood majoriti rakyat adalah positif dengan pendedahan oleh Ain.

Sehinggakan ahli politik yang ada sabitan seksual jelas seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak ketinggalan mahu menumpang tuii sedikit.

Namun, Anwar tidak menarik perhatian sangat.

Yang menjadi perhatian ialah apabila Ketua Armada, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal atau Mat Jargon pun tidak mahu ketinggalan memperlihatkan kononnya menyokong dan ala-ala memahami perjuangan Ain.

Maka pergilah Mat Jargon yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan bertemu dengan pelajar berkenaan.

Seperti biasa, jumpa diam-diam mana gempak kan, mestilah nak umum kepada satu dunia kononnya buat kerja dan bersama dengan Ain dalam perjuangannya.

Maka timbul la status berikut :

Yang diikuti dengan komen-komen netizen sehingga trending la Mat Jargon kerana kebodohannya… 😂.

1. Nama dia Ain, bukan Aina.

2. Mana ada ‘more braver’, bodoh.

mistreated, bukan ‘miss treated’.

Lu punya gaji berapa kilo? Haiya, lanjiao.

Banyak sangat sebenarnya komen yang dibuat tetapi rumusannya berkisar perkara-perkara di atas.

Isunya berkaitan penguasaan bahasa Inggeris Mat Jargon sebenarnya.

Namun, diketahui Bahasa Inggeris dia ni sebenarnya ok. Graduan King’s College London kot.

So status ni mungkin dimuatnaik salah seorang staffnya kot. Staff yang cuai dan kurang cekap. Mungkin la.

Macam mana pun tetap kebodohan dia la jugak kalau bagi kat orang lain buat pun… Orang macam mana yang kau pilih Mat? 😂

Tags: armada bersatuWan Ahmad Fayhsal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Wan Saiful, Gantung Keahlian Wan Ahmad Fayhsal

Bersatu Pecat Wan Saiful, Gantung Keahlian Wan Ahmad Fayhsal

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan,...

PAS Tolak Wan Ahmad Fayhsal Calon Bagan Serai

18/05/2022
0

BAGAN SERAI : Pas Bagan Serai bertegas menolak Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd