Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

‘Low Yat 2’ Himpun...

SELAMA ini jika mahu membeli barangan digital dan elektronik terutama gajet atau telefon bimbit, salah...

Mayat Kanak-Kanak Jatuh Longkang...

NILAI - Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang jatuh ke dalam longkang besar berhampiran...

AirAsia Tambah 14 Buah...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, telah menandatangani perjanjian dengan Airbus bagi menempah tambahan...

Harga Ayam Kembali Menurun...

KOTA BAHARU - Harga ayam kembali menurun di Kelantan pada RM9 sekilogram berbanding...

Keluarga Neelofa Beri Keterangan Di IPD Brickfields

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali Neelofa hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini hari ini.

Turut kelihatan berada di IPD berkenaan bapa kepada selebriti itu.

Mereka tiba menaiki sebuah kenderaan Toyota Alphard berwarna putih pada jam 2.51 petang.

Terdahulu, polis menjalankan siasatan terhadap keluarga berkenaan kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar dilaporkan berkata, terdapat video tular yang dimuat naik melalui akaun Instagram kakak kepada selebriti berkenaan yang merakamkan detik sambutan Hari Raya Aidilfitri Khamis lalu di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail.

Siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi selama 26 saat itu memaparkan ahli keluarga selebriti berkenaan didapati berkumpul di sebuah rumah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. – myMetro Online

Kategori