• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Luar Negara Dibenarkan Tunai Haji Tahun Ini

oleh
21/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Jemaah dari luar negara akan dibenar menunaikan haji tahun ini dengan mematuhi syarat kesihatan dan langkah berjaga-jaga yang ketat ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Akhbar Al-Watan melaporkan, semua langkah kawalan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi perlu dipatuhi bagi mengekang penularan COVID-19.

Perkembangan itu menyusuli kenyataan Kementerian Haji dan Umrah pada 9 Mei lalu, untuk meneruskan ibadat haji tahun ini.

Sehubungan itu, semua semua jemaah perlu memenuhi syarat kesihatan, keselamatan dan peraturan bagi memastikan kesihatan serta kesejahteraan mereka terjamin.

Awal bulan ini, kementerian terbabit berkata institusi perubatan di Arab Saudi akan terus menilai keadaan semasa dan mengambil semua langkah perlu bagi melindungi kesihatan semua.

Menurut kementerian itu lagi, langkah terperinci dan perancangan lain akan diumumkan bila tiba masanya nanti. 

Ibadat haji lazimnya menyaksikan lebih 2.5 juta umat Islam menunaikan rukun Islam kelima itu di Makkah tetapi terpaksa dihadkan buat pertama kali dalam sejarah tahun lalu, dengan hanya 1,000 jemaah menunaikannya akibat ancaman coronavirus.

Berikutan sempadan antarabangsa ditutup, hanya mereka yang berada dalam Arab Saudi ketika itu dibenar menunaikan ibadat haji tahun lalu. – Agensi

Tags: Arab SaudiCovid-19Hajijemaah luar negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd