• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Wesak Disambut Sederhana Seluruh Negara

oleh
26/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hari Wesak hari ini disambut sederhana dalam norma baharu di seluruh negara yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19.

Walaupun penganut agama Buddha tidak dapat hadir secara fizikal ke tokong, pihak rumah ibadat itu dan persatuan giat melakukan penstriman langsung sambutan itu melalui media sosial seperti Subang Jaya Buddhist Association dan Bandar Utama Buddhist Society.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah antara yang terawal mengucapkan ‘Selamat Hari Wesak’ kepada penganut Buddha hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memanfaatkan media sosial untuk berbuat demikian.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique pula berkata, perayaan itu disambut dengan aman dan harmoni, selaras amalan kebebasan beragama yang menjadi lambang perpaduan negara.

“Pengamalan dan pembudayaan nilai murni dalam kehidupan masyarakat hari ini sewajarnya diperkukuhkan lagi ketika negara sedang berdepan pandemik COVID-19.

“Kita perlu bersatu hati memerangi COVID-19 tanpa garis pemisah dan memanfaatkan peluang serta kesempatan yang ada untuk menjiwai erti perpaduan sebenar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, tokong Buddha di Pulau Pinang kebanyakannya hampir kosong susulan penganut tidak dibenarkan menyertai upacara sembahyang di premis berkenaan.

Pihak berkuasa termasuk polis dilihat berada di Mahindarama Buddhist Temple di negeri itu bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Wakil tokong, Dr Surya Dharamdass turut menggesa orang ramai mematuhi SOP dan meraikan sambutan Wesak di rumah memandangkan segala upacara keagamaan di tokong disiarkan secara maya.

Di Ipoh, kebanyakan tokong Buddha ditutup kepada orang ramai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Hulu Kinta membabitkan Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjung Rambutan di daerah Kinta.

Tokong Wat Siribunyamagaram di Jalan Tambun, antara kuil di sekitar Ipoh yang dilihat melakukan upacara keagamaan sempena Hari Wesak dengan hanya 10 ahli jawatankuasa dibenarkan hadir untuk upacara itu. 

Negara kini berada di bawah PKP 3.0 dengan sebahagian kawasan dikenakan PKPD dalam usaha membendung penularan jangkitan COVID-19. – BERNAMA

Tags: Hari Wesakpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Death Goes Digital At Beyondlifedigital.com

Next Post

Ramai Berang Sukar Akses Tempahan Vaksin AstraZeneca

Related Posts

Sri Lanka Tarik Balik Perintah Berkurung

15/05/2022
0

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka menarik balik perintah berkurung di seluruh negara, hari ini sempena sambutan Hari Wesak. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus Pacu Negara Keluar Daripada Pandemik

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong...

Next Post

Ramai Berang Sukar Akses Tempahan Vaksin AstraZeneca

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd