Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Usia Kartun Lagenda Yang...

SIAPA yang tidak pernah menggilai kartun-kartun hebat yang pernah ditayangkan secara antarabangsa seperti...

Lelaki Mengaku Lakukan Hubungan...

KUALA LUMPUR - Awal pagi ini kecoh dengan dengan video tular seorang lelaki...

Isu Mak Lampir, Bung...

Akibat tidak mampu mengawal kemarahannya, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar mengamuk ketika...

Sahabat Baik.. Bekas Presiden...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Turki, Abdullah Gul membantah hukuman penjara lima tahun...

Fasa 3 PICK Ikut Bekalan Vaksin

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan fasa tiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijadual bulan ini, akan bergantung kepada jumlah bekalan vaksin yang ada.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata ketika ini, fasa dua PICK dapat berjalan seperti yang dirancang membabitkan warga emas.

“Fasa tiga sepatutnya bermula pada Mei tapi saya tidak tahu sama ada kita cukup bekalan untuk memulakannya (bulan ini). Kita perlu membuat pengumuman mengenainya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau program suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) WTCKL, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut isu bekalan vaksin, Khairy sekali lagi menyuarakan ketidakpuasan hati dengan tindakan negara kaya membolot vaksin, menyebabkan negara membangun seperti Malaysia tidak mendapat bekalan yang mencukupi.

“Ia bukan disebabkan ketidakberkesanan program vaksin. Kita boleh mengubah (PPV) dalam masa 48 jam dan memberikan 260,000 janji temu dalam masa sehari.


“Kita bukan tidak boleh melakukannya dengan cepat tetapi bekalan vaksin sangat perlahan kerana syarikat farmaseutikal memberi keutamaan kepada negara kaya.

“Saya menguruskan jangkaan (rakyat) di sini. Mereka bertanya bila mereka boleh mendapatkan vaksin. Vaksin ini bukan berada dalam peti sejuk beku di Kuala Lumpur, ia belum tiba dan tiba secara berperingkat,” katanya.

Katanya, isu berkenaan perlu terus diberi perhatian dan dibincangkan di peringkat antarabangsa, yang mana ia bukan hanya membabitkan pengurusan COVID-19 tetapi pengurusan wabak pada masa hadapan. – BH Online

Kategori