Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Pengendali Nasi Kandar Line...

PENGENDALI restoran popular Nasi Kandar Line Clear diberi tempoh tiga minggu untuk mengosongkan...

Isu Banglo: Peguam Negara...

PEGUAM Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes melibatkan...

Lisa Surihani Tayang Muka...

SEMUA sudah sedia maklum mengenai hal privasi yang cuba diterapkan pasangan selebriti Lisa...

Penerbangan Carter Malindo Air...

LABUAN - Malindo Air dijadual memulakan penerbangan carter pertama antara Taipei - Kota...

Dr Zulkifli Perjelas Hukum Tinggal Solat Jumaat Lebih 3 Kali

SHAH ALAM – Hukum meninggalkan solat Jumaat lebih tiga kali hanya terpakai kepada mereka yang melakukannya kerana malas dan tanpa keuzuran serta sebarang sebab, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat berkata, persoalan mengenai perkara itu telah pun dijawab dalam dokumen soal jawab Fiqh Covid-19 yang dikeluarkan pada tahun lalu.

Dalam dokumen tersebut, Zulkifli menjelaskan bahawa seseorang itu dicop munafik hanya sekiranya individu tersebut meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali kerana meringan-ringankan perkara tersebut.

“Perkataan kerana meringan-ringankannya jelas menunjukkan sifat kemalasan dan tidak menghadiri Jumaat tanpa uzur dan sebarang sebab.

“Maksud hadith berkenaan adalah meninggalkan dengan sengaja tanpa darurat atau sebarang uzur Syar’ie. Sedangkan isu yang melanda ini juga termasuk dalam bab keuzuran,” katanya.


Zulkiflli menambah, keuzuran yang dimaksudkan itu bukan sahaja bagi penyakit seseorang individu tetapi juga meliputi penyakit berjangkit seperti penularan Covid-19.

“Oleh itu, maksud hadith berkenaan adalah mereka yang meninggalkan tanpa adanya darurat dan tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.

“Adapun jika ada keuzuran dan juga darurat yang menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan solat Jumaat, maka mereka tidak termasuk dalam ancaman seperti yang dinyatakan di dalam hadith,” ujarnya. – Sinar Harian

Kategori