Saturday, September 14, 2024

Creating liberating content

PAS-UMNO Sekarang Macam Adik...

SIK - Muafakat Nasional yang disepakati antara PAS-UMNO berjaya merapatkan jurang antara dua...

PM Ziarah Seniman Jins...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam meluangkan masa melawat...

Esscom Sahkan Kejadian Nelayan...

LAHAD DATU - Dua nelayan dikhuatiri diculik di perairan Merabung dekat sini, semalam. Nelayan...

Da’i Izzhar Jelaskan Isu...

PENGACARA Awal Ashaari menjelaskan solatnya sah memandangkan perubahan warna rambutnya menjadi putih itu...

Calon Timbalan Ketua Polis Negara Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR – Beberapa nama calon Timbalan Ketua Polis Negara sudah dikenal pasti dan akan dibawa ke Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, SPP yang dianggotai Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan beliau akan menyenarai pendek calon yang dikenal pasti.

Menurutnya, pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara akan disegerakan dan mungkin akan dilakukan sekali dengan pelantikan baru pengganti pengarah jabatan yang akan bersara.

“Kita jangkakan selepas Hari Raya Aidilfitri pelantikan akan diadakan selepas perbincangan dan mesyuarat SPP,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan beberapa nama antara yang disebut untuk dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara antaranya Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Zamri Yahya; Pengarah Pengurusan, Datuk Ramli Din dan Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Seri Mazlan Lazim.


Beberapa pengarah juga dijadualkan bersara wajib antara Mei hingga September ini dan dijangka membabitkan pelantikan baru.

Antara spekulasi bertiup kencang ialah Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay disebut-sebut diangkat untuk menerajui Jabatan Siasatan Jenayah manakala Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan pula dikatakan akan memimpin Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. – myMetro Online

Kategori