• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bubur Lambuk Tunku Azizah Untuk Petugas Barisan Hadapan

oleh
05/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petugas barisan hadapan di sekitar ibu negara hari ini bertuah apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang terkenal dengan hobi memasaknya, berkenan menyediakan juadah bubur lambuk buat golongan itu.

Istimewanya bubur lambuk yang dimasak mengikut resipi dari Johor dan Pahang itu, turut mendapat ‘sentuhan’ daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli membantu Raja Permaisuri memasak di pekarangan surau utama Istana Negara hari ini.

Turut membantu menyediakan juadah itu ialah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah.

Sambil dibantu kira-kira 180 pegawai dan kakitangan Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN), Tunku Azizah kelihatan lincah ‘beraksi’ sejak awal proses memasak makanan tradisi setiap kali Ramadan itu, yang disiapkan dengan mengambil masa kira-kira tiga jam.

“Saya harap bubur lambuk ini dapat hiburkan perut, selera dan hati petugas barisan hadapan kita. Harap bubur ini sedaplah kerana saya bukan masak ala kadar, masak bahan-bahan semua cukup, bagaimana saya makan begitulah saya masak,” titah Tunku Azizah kepada pemberita.

Tunku Azizah juga menzahirkan hasrat untuk mengagihkan bubur lambuk kepada rakyat di pintu-pintu Istana Negara, namun disebabkan kekangan COVID-19, baginda berharap program itu dapat dibuat pada tahun hadapan.

Sementara itu, Pengerusi KEKSIN, Mohd Irfan Idrus, berkata program memasak bubur lambuk yang bermula kira-kira 11.30 pagi itu adalah aktiviti tahunan dianjurkan pihaknya bersempena Ramadan.

Katanya, sebanyak empat kawah bubur lambuk dimasak pada hari ini, dua menggunakan resipi Johor dan dua lagi resipi Pahang.

Mohd Irfan yang juga Ketua Pegawai Pentadbir di Istana Negara berkata sebanyak 1,600 bubur lambuk akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan di Kuala Lumpur hari ini sebagai menghargai jasa mereka dalam membantu negara memerangi pandemik COVID-19. – BERNAMA

Tags: bubur lambukpetugas barisan hadapanTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Myfundaction Perak, TLDM Agih Bubur Lambuk

16/04/2022
0

LUMUT - Warga TLDM Lumut dan MyFundAction Perak di bawah Program Special Iftar For Ummah (SIFU) bekerjasama secara bergotong-royong memasak serta...

Petugas Barisan Hadapan, Atlet Negara Diberi Penghormatan

13/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat memberikan penghormatan khusus kepada petugas barisan hadapan serta atlet Olimpik dan Paralimpik negara hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd