• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Najib Libat Dana SRC RM27 Juta Ditangguh

oleh
06/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan satu lagi dana SRC International Sdn Bhd (SRC) yang menyaksikan bekas Perdana Menteri itu berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta telah ditangguhkan sehingga Ogos tahun ini.

Peguamnya, Nur Syahirah Hanapiah ketika dihubungi berkata, tarikh perbicaraan yang ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan pada Julai tahun ini telah dilapangkan namun tarikh perbicaraan dari 2 hingga 5 Ogos dan 9 hingga 10 Ogos dikekalkan.

“Mahkamah turut menetapkan tarikh tambahan bagi perbicaraan itu pada Mac tahun depan iaitu dari 7 hingga 10 dan 28 hingga 31 serta pada April dari 11 hingga 14 dan 25 hingga 28,” katanya selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Catherine Nicholas pada Khamis.

Pada asalnya, perbicaraan ditetapkan pada Julai tahun ini iaitu dari 5 hingga 8; 12 hingga 15 dan 26 hingga 29.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika dihubungi mengesahkan bahawa tarikh perbicaraan pada Ogos dikekalkan dan berkata, mahkamah telah menetapkan 16 Julai untuk satu lagi pengurusan kes.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang mana beliau didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Najib didakwa melakukan kesalahan terbabit di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014, menurut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen namun kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 susulan permohonan pihak pendakwaan.

Pada 28 Julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati Ahli Parlimen Pekan itu bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC.

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei untuk meneruskan pendengaran bagi kes tersebut. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd