• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Sanjung Tinggi, Hargai Pengorbanan Anggota Bomba

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2021 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas jasa, khidmat dan bakti kepada negara dan masyarakat.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada seluruh anggota JPBM kerana melaksanakan tugas dengan berani dan penuh dedikasi dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.

“Seri Paduka Baginda menyanjung tinggi dan menghargai pengorbanan seluruh anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia yang memikul tugas dan tanggungjawab tanpa mengira masa dan penat lelah,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara menerusi Facebook hari ini. 

Al-Sultan Abdullah juga menghargai bantuan khidmat yang diberikan oleh pasukan bomba di barisan hadapan bersama-sama petugas lain dalam usaha mengekang penularan Covid-19 di negara ini.

Hari Anggota Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun. – BERNAMA

Tags: hari anggota bomba seduniaJBPMYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

05/11/2026
0

KOTA TINGGI - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menikmati santapan pagi di Hentian Rehat dan Rawat (RNR)...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd