• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Polis Kalis Provokasi

oleh
24/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Tindakan seorang pegawai polis tidak melayan provokasi dibuat seorang lelaki ketika pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di hadapan sebuah pasar mini di Kampung Muhibbah di sini pada Sabtu mendapat pujian warganet.

Sikap tenang Ketua Polis Balai Sungai Siput Utara, Inspektor Abdul Wahed Hamid itu terpapar menerusi dua video yang dirakam sendiri lelaki yang cuba membuat provokasi berkenaan sebelum tular di media sosial sejak Ahad.

Dalam video berdurasi 2.34 dan 1.49 saat itu jelas menunjukkan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an mengeluarkan kata-kata berunsur provokasi termasuk menyifatkan polis sebagai ‘otak udang’.

Menerusi video itu juga, lelaki terbabit mengaku lupa memakai pelitup muka, namun akhirnya memberi alasan ketiadaan wang untuk membeli pelitup muka.

Sepanjang perbualan dan rakaman dibuat, pegawai polis terbabit hanya mendiamkan diri dan mencatat butiran sebelum mengeluarkan kompaun kepada lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, lelaki terbabit dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka selain tidak mencatatkan rekod butiran diri ketika masuk ke pasar mini.

Menurutnya, lelaki itu masuk ke pasar mini terbabit untuk membeli minuman keras, namun secara terang tidak memakai pelitup muka dan tidak mengimbas kod QR MySejahtera atau mencatat butiran diri menyebabkan dia ditegur oleh pegawai polis yang menjalankan rondaan.

“Dia kemudiannya memberi pelbagai alasan kepada inspektor bertugas sambil merakam reaksi dan tindakan pegawai polis itu.

“Bagaimanapun, tindakannya yang bersifat provokasi itu langsung tidak dipedulikan polis,” katanya.

Beliau berkata, selain kompaun, tiada tindakan lanjut dikenakan ke atas lelaki terbabit.

Katanya, sebaran video itu disifatkan tular yang bagus kerana secara tidak langsung memberitahu ramai orang bahawa polis akan ambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran SOP.

“Tambahan pula, lelaki berkenaan secara jelas mengakui kesalahannya yang tidak memakai pelitup muka. Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan keras terutama dalam waktu jangkitan Covid-19 mencatatkan angka yang tinggi ketika ini,” katanya.

Kompaun RM1,500 turut dikenakan kepada pemilik premis itu kerana gagal memastikan lelaki terbabit mematuhi SOP ditetapkan. – Sinar Harian

Tags: abang polispegawai polisprovokasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd