• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60 Peratus Daerah Zon Merah COVID-19

oleh
05/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peningkatan kes harian COVID-19 sejak tengah bulan lalu menyaksikan hampir 60 peratus daripada 159 daerah di seluruh negara bertukar status kepada zon merah setakat semalam.

Data pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 antara 21 April hingga semalam yang dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM) di Facebook, hari ini, menunjukkan sebanyak 93 daerah kini berstatus zon merah.

Daripada jumlah itu, lebih 65 peratus daripada daerah zon merah atau 61 daerah adalah di Semenanjung.

Data dikongsikan KKM juga menunjukkan semua daerah di lima negeri dan wilayah iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya bertukar kepada zon merah sepenuhnya.

Di samping itu, hanya 12 daerah sahaja yang masih kekal zon hijau setakat semalam, iaitu lima di Semenanjung dan tujuh di Sabah.

Selain itu, jumlah kes aktif yang dicatatkan di seluruh negara dalam tempoh 14 hari lalu turut mencatatkan peningkatan lebih 53 peratus, daripada 25,804 pada 21 April kepada 39,490 semalam.

Selangor mencatatkan jumlah kes aktif tertinggi dalam tempoh berkenaan iaitu 11,420 kes, di samping Sarawak yang merekodkan 7,420 kes dan Kelantan (6,093) bagi tempoh sama.

Daerah Petaling di Selangor mencatatkan jumlah kes aktif tertinggi dalam tempoh 14 hari iaitu 4,463, selain Hulu Langat, Selangor (2,596) serta Kota Bharu, Kelantan (2,558).

Selain itu, lapan daerah lain di lima negeri merekodkan lebih 1,000 kes dalam tempoh sama, iaitu Klang (1,521) dan Gombak (1,091) di Selangor; Pasir Mas (1,241) di Kelantan; Kepong (1,361) dan Lembah Pantai (1,055) di Kuala Lumpur; Johor Bahru (1,344) di Johor; serta Bintulu (1,328) dan Sibu (1,053) di Sarawak.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok hingga 17 Mei depan.

Sebelum ini, PKP turut dilaksanakan di seluruh Kelantan sejak 22 April lalu hingga 17 Mei depan, selain perintah itu turut dilaksanakan di lima daerah di Kedah iaitu iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim bermula 1 Mei hingga 14 Mei depan. – BH Online

Tags: Covid-19KKMZon Merah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd