Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Cerita Konon PM Kerjasama...

BONGKAR... Bagi jenis 'kaki putar' konon adanya kerjasama antara BN dan PAS untuk...

73,000 Warga Asing Dikenakan...

SEPANG - Seramai 73,000 warga asing dikenakan Notis Tolak Kemasukan (NTL) di semua...

Anwar Kata Wan Azizah...

TOLAK... Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dikatakan menolak jawatan Perdana Menteri sewaktu...

Cadangan Petani Dikecualikan GST...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan memanjangkan cadangan Pertubuhan Peladang Negeri Kedah kepada...

3,973 Kes Positif Covid-19, 22 Kematian Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,973 kes positif Covid-19 setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 448,457 kes.

Menurutnya, 22 kes kematian direkodkan hari ini membabitkan semua warganegara.

“Enam kes kematian di Selangor, lima kes di Kelantan, tiga kes di Johor, masing-masing dua kes di Perak dan Kuala Lumpur serta satu kes di Sabah, Sarawak, Kedah, dan Pahang,” katanya dalam sidang media khas Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini 80 peratus jangkitan kini membabitkan komuniti dengan 92 peratus adalah warga tempatan.

Katanya, kini KKM sedang berusaha untuk mengawal penularan kes membabitkan varian dari United Kingdom, Afrika Selatan, India dan Brazil.


“Setakat ini, varian dari Afrika Selatan sudah dikesan menular di beberapa negeri seperti Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak dengan kebolehjangkitan yang tinggi.

“Bagi varian dari India pula, hanya dua kes setakat ini direkodkan di Malaysia manakala varian dari Brazil masih belum dikesan,” katanya.

Beliau berkata, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini adalah antara usaha untuk mengekang penularan varian baharu yang mempunyai kadar kebolehjangkitan dan kematian yang tinggi. – myMetro Online

Kategori