• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Juta Ketupat Sejuk Beku Asnaf Penuhi Selera Perantau

oleh
11/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Bermula sekadar beramal untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan asnaf dari Kampung Bukit Gading, di sini, ketupas palas sejuk beku yang dihasilkan mereka kini mendapat permintaan ramai khusus buat perantau di luar Kelantan.

Pengasas Dapur Ramadan, Zarina Mohd Nawawi, 49, berkata ketupat sejuk beku hasil air tangan golongan asnaf itu memberi fokus kepada pesanan dari luar Kelantan, menyaksikan 90 peratus tempahan dihantar ke Kuala Lumpur, Johor dan Pahang.

Mesra disapa sebagai Kak Na, beliau berkata perniagaan yang pada awalnya sekadar untuk beramal serta memberi peluang pekerjaan kepada golongan asnaf berubah apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sehingga mereka tidak menang tangan memenuhi tempahan.

“Semua pekerja yang Kak Na ambil merupakan golongan asnaf dan hampir kesemuanya adalah terdiri daripada wanita yang berumur sekitar 30 hingga 60 tahun.

“Untuk tempahan kita buka sejak Februari lepas, dalam tempoh tersebut 4,000 hingga 5,000 biji ketupat disiapkan sehari.

“Tetapi memasuki bulan Ramadan proses pembuatan mencecah 10,000 biji sehari.

“Sejak 2018 hingga sekarang, kita berjaya hasilkan lebih kurang dua juta biji ketupat sejuk beku,” katanya kepada Bernama.

Bercerita lanjut, Zarina berkata sejak awal memulakan perniagaan tersebut, beliau memang memberi fokus memasarkan produk ke pasaran luar untuk memberi peluang masyarakat di luar Kelantan menikmati ketupat palas buatan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Ketika ditanya mengenai keistimewaan resipi ketupat palas sejuk beku Dapur Ramadan, Zarina berkata ia merupakan resipi daripada seorang pekerja di situ sendiri yang kemudiannya diubah suai supaya juadah itu lebih enak dan berkualiti.

Selepas mendapat keuntungan yang tinggi saban tahun, Zarina telah menubuhkan Skim Pinjaman Qardhul Hassan (tanpa faedah) kepada golongan asnaf yang membuat ketupat di Dapur Ramadan dengan membolehkan mereka membuat pinjaman bagi membeli keperluan seperti mesin basuh dan peti sejuk.

“Menerusi skim pinjaman ini, sesiapa nak beli barang seperti mesin basuh, Kak Na akan pergi beli secara tunai di kedai.

“Jadi dari situ, kita akan potong gaji setiap hari dalam RM10 sampai habis dengan harga yang sama.

“Pekerja di sini bekerja dengan gaji harian. Kak Na bagi gaji berdasarkan kepantasan dan kecekapan mereka bekerja. Sebiji ketupat Kak Na upah dengan 17 sen.

“Dalam masa sehari, seorang boleh dapat RM150 untuk bungkus ketupat sahaja,” tambahnya.

Mengakhiri temu bual tersebut, Zarina berharap untuk meneruskan perniagaan ketupat sejuk beku itu sekali gus terus membela nasib golongan asnaf di kampung berkenaan. – BERNAMA

Tags: asnafketupat palaspekerjaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

01/07/2023
0

KOTA BHARU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan daging korban kepada 2,500 asnaf di seluruh...

Bank Muamalat Sedia Akses Kewangan Untuk Golongan Asnaf, B40

Bank Muamalat Sedia Akses Kewangan Untuk Golongan Asnaf, B40

07/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mewujudkan program iTEKAD yang bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh pengurusan kewangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd