Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Aidiladha: Penjawat Awam Selangor...

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memberi satu hari cuti tambahan pada Jumaat ini, kepada...

Lima Suspek Geng Pecah...

SEREMBAN - Lima suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah bekas...

Mat Sabu Mengamuk Campak...

KUALA LUMPUR - Perbuatan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mencampak mikrofon...

PM Umum AIM Terima...

PEKAN - Peruntukan khas Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM100 juta bagi penambahan...

1 Juta Kanak-Kanak Di Gaza Terkesan Konflik Berterusan

KUALA LUMPUR – Sejuta kanak-kanak di Gaza dilaporkan menjadi mangsa konflik berterusan dicetuskan rejim Zionis, sekali gus menuntut akses bantuan kemanusiaan di kawasan bergolak itu.

Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore, berkata sekurang-kurangnya 60 kanak-kanak terbunuh, manakala 444 cedera dalam masa 10 hari.

“Hampir 30,000 kanak-kanak kehilangan tempat berlindung. Dianggarkan seramai 250,000 kanak-kanak memerlukan bantuan kesihatan mental dan khidmat perlindungan.

“Sekurang-kurangnya empat fasiliti kesihatan dan 40 sekolah musnah. Ada antara 48 sekolah dijadikan tempat perlindungan kecemasan daripada serangan keganasan dikendalikan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA),” katanya dalam kenyataan.

Henrietta berkata, pihaknya menganggarkan 325,000 penduduk memerlukan perkhidmatan air dan sanitasi kecemasan ketika ini kerana tanpa keperluan itu mereka lebih cenderung dijangkiti virus merbahaya.

Beliau berkata, bekalan elektrik di Gaza juga menurun sekitar 60 peratus mendorong hospital terpaksa bergantung kepada bantuan penjana bagi perkhidmatan kesihatan.

“Bantuan penjana bahan bakar api itu amat penting bagi menyelamatkan lebih ramai nyawa selain rawatan kepada pesakit COVID-19,” katanya.


Sehubungan itu, Henrietta berkata UNICEF menggesa pergolakan dihentikan segera atas dasar kemanusiaan untuk membenarkan kemasukan sukarelawan dan bekalan penting, termasuk bahan bakar, keperluan perubatan, alat pertolongan kecemasan dan vaksin COVID-19. 

“Kami juga meminta penubuhan koridor kemanusiaan supaya bekalan dapat disalurkan dengan selamat, keluarga dapat bersatu kembali dan mengakses perkhidmatan penting bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa. 

“Setiap hari apabila konflik berlanjutan, kanak-kanak di Palestin dan Israel akan menderita. 

“Anak-anak ini memerlukan situasi gencatan senjata sekarang dan penyelesaian politik jangka panjang. Mereka berhak untuk tidak terbabit dengan keganasan dan ketakutan yang dahsyat demi masa depan mereka,” katanya. – BH Online

Kategori