• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin Covid-19 Elak Simptom Teruk Jika Dijangkiti Semula

oleh
20/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mereka yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masih boleh dijangkiti dengan penyakit berbahaya itu, namun kemungkinan untuk mendapat jangkitan yang teruk berkurangan.

Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Dr M. Muralitharan berkata, oleh yang demikian, suntikan vaksin sudah semestinya lebih efektif dalam mengekang jangkitan, terutama bagi golongan berisiko tinggi.

“Kadar jangkitan mulai berkurangan (selepas suntikan), jadi risiko dijangkiti turun dengan ketara,” katanya dalam program Midday Update terbitan Bernama TV.

Dr Muralitharan antara anggota INFOVAX, komuniti siri pendidikan dan kesedaran berhubung vaksin Covid-19 yang dilaksanakan Malaysian Medical Association Public Health Society (MMA PHS).

Beliau berkata, risiko bagi mereka yang telah disuntik dengan vaksin Covid-19 untuk dijangkiti dengan penyakit itu adalah amat rendah, namun untuk menjangka mereka tidak akan langsung dijangkiti selepas suntikan adalah anggapan yang salah.

Berhubung vaksin, beliau turut menolak kebimbangan mengenai keberkesanan vaksin Sinovac susulan pelbagai maklumat tidak tepat yang tersebar, sebaliknya menekankan vaksin itu selamat.

Dr Muralitharan berkata, vaksin itu diluluskan berdasarkan kepada data diterbitkan yang menunjukkan bahawa ia selamat serta berkesan dalam menurunkan jangkitan Covid-19, dan data penemuan di seluruh dunia amat jelas mengenai perkara itu. – BERNAMA

Tags: KKMvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd