• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangisan Pelajar Tahfiz Bongkar Isu Dera, Suami Isteri Ditahan

oleh
27/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – Suami isteri yang juga pemilik pusat tahfiz Taman Tun Abdul Razak, di sini, ditahan polis semalam selepas didakwa terbabit dalam kes penderaan terhadap pelajarnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semuanya bermula apabila bapa mangsa yang bekerja sebagai penghantar barang berusia 35 tahun pergi ke sekolah anaknya jam 6.30 petang 23 April lalu untuk membayar yuran dan berjumpa anak lelakinya berusia lapan tahun.

Menurutnya, ketika itu dia mendapati mangsa berada dalam keadaan ketakutan dan menangis sambil memeluknya sebelum memberitahu tidak mahu bersekolah di situ lagi.

“Selepas berbuka dia membawa anaknya balik ke rumah. Anak lelakinya kemudian memberitahu suspek lelaki ada tumbuk belakang tengkuknya, pukul dengan rotan di kaki dan tangan.

“Manakala suspek kedua (isteri) pula ada tampar pipinya sebanyak empat kali. Susulan itu bapa mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan suspek di pusat tahfiz terbabit jam 3.45 petang semalam dan menyelamatkna lapan pelajar lelaki berusia 17 hingga 15 tahun yang turut mendakwa didera.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut. Hasil siasatan mendapati anaknya mengalami kesan kecederaan baru dan lama pada keseluruhan badannya.

“Semakan awal juga dapati pusat tahfiz itu tidak mempunyai sebarang lesen dari kerajaan tempatan dan kebenaran dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a)Akta Kanak-Kanak 2001. – myMetro Online

Tags: Pelajar TahfizPenderaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

18/04/2023
0

KOTA BHARU: Seorang pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki bersama 11 rakan terbabas ke dalam parit di Taman Bendahara,...

Rakaman Pelajar Tahfiz Ditampar, Ditendang Tular

Rakaman Pelajar Tahfiz Ditampar, Ditendang Tular

12/08/2022
0

SHAH ALAM - Satu rakaman insiden beberapa pelajar tahfiz dipukul tular menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd