• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangguh Masuk Vaksin CanSino, Belum Dapat Kelulusan NPRA

oleh
26/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan menangguhkan kemasukan vaksin Covid-19 jenis CanSino dari China berikutan belum mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, NPRA masih membuat penilaian terhadap vaksin terbabit.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, sekiranya vaksin CanSino diluluskan, negara akan meneruskan perancangan sebelum ini untuk membekalkan vaksin berkenaan ke kawasan pedalaman khususnya Sabah dan Sarawak.

“Selagi belum memperoleh pendaftaran NPRA. Kita belum boleh membawa masuk vaksin ini. Sarawak ada mohon untuk beli vaksin ini, kalau lulus NPRA kita akan bekalkan CanSino kepada negeri itu kerana ia dos tunggal dan sesuai untuk kawasan pedalaman,” katanya selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti pada Isnin.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan negara akan menerima bekalan 3.5 juta dos vaksin Covid-19 jenis CanSino dari China secara berperingkat bermula April.

Menurut beliau, perolehan vaksin itu dibuat dalam dua kategori iaitu produk siap sebanyak 500,000 dos dan selebihnya penghantaran secara pukal untuk diisi dan dibungkuskan oleh syarikat tempatan, Solutions Biologics Sdn Bhd (SolBio).

Sasaran vaksin CanSino ialah untuk kawasan pedalaman dan kawasan membabitkan penerima yang sukar untuk datang menerima suntikan sebanyak dua kali seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan Sinovac. – Sinar Harian

Tags: CanSinoChinaNPRAvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd