• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Akan Dedah Nama Anggota, Terus Tangkap – Ayob Khan

oleh
14/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Senarai nama anggota dan pegawai polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky, disyaki diketuai ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, tidak akan didedahkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada ramai lagi anggota dan pegawai pihak berkuasa itu yang bersekongkol dengan geng itu.

Katanya, jangkaan berkenaan adalah berdasarkan hasil siasatan forensik dan barangan rampasan yang dibuat ke atas kes terbabit.

“Tunggulah… benda (kes) ini tidak statik kerana daripada soal siasat kita, ia akan berkembang.

“Yang pasti lebih ramai bukan setakat 34 orang (anggota dan pegawai polis) saja. Senarai nama memang tidak akan didedahkan, saya akan terus tangkap.

“Tak guna saya keluarkan senarai dan kongsi pada semua, nak buat apa? Saya pasti bila (siasatan) lengkap nanti tangkapan akan dibuat, tunggu dan lihat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini. 

Semalam, BH melaporkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman masih menunggu senarai nama anggota dan pegawai polis didakwa bersekongkol dengan Geng Nicky.

Pengarahnya, Datuk Zamri Yahya, dilaporkan berkata pihaknya memerlukan senarai itu daripada polis Johor, sebelum mengambil tindakan lanjut, termasuk merakam keterangan dan tindakan jika didapati menyalahi tata kelakuan serta disiplin.

Ayob Khan berkata, polis Johor sudah membuktikan kejayaan dalam mengambil tindakan terhadap jenayah terancang.

“Di Johor kita sudah buktikan, kita sudah tangkap 24 anggota dan pegawai penguat kuasa menerusi Op Benteng dan mereka sudah didakwa di bawah jenayah terancang.

“Inilah format yang akan saya gunakan dalam kes membabitkan kumpulan Geng Nicky. Keutamaan tindakan tata tertib adalah paling akhir sekali dan saya tidak akan serah (senarai nama) kepada JIPS untuk diambil tindakan,” katanya. – BH Online

Tags: ayob khan mydin pitchayGeng Nickyjenayah terancangNicky Liow Soon HeePDRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Apa Kejayaan Darurat – Najib

Next Post

Manfaatkan RMKe-12 Untuk Rakyat

Related Posts

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan pempengaruh media sosial dikenali sebagai 'CEO Batu'...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

Next Post

Manfaatkan RMKe-12 Untuk Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd