• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Pukul Pengawal Berpuasa Dipercayai Tauke Judi

oleh
15/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Suspek utama yang membelasah pengawal peribadi dan rakannya kerana berpuasa dipercayai menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Malah, ketika serbuan dilakukan di Bukit Tinggi, di sini, polis turut menemui wang tunai dan jongkong emas bernilai hampir RM30 juta di premis berkenaan.

Individu terbabit dikatakan ‘kepala’ sindiket yang sudah menjalankan perniagaan haram itu sejak lima tahun lalu di beberapa lokasi di negara ini.

Sumber memberitahu Harian Metro, individu berusia 40-an terbabit dikatakan menjalankan kegiatan nombor ekor tidak berlesen dan penggunaan pengawal peribadi sebagai perlindungan daripada musuh perniagaan.

“Individu terbabit menjalankan operasi haramnya di beberapa tempat termasuk di Perak, Kuala Lumpur dan Pahang,” katanya.

Terdahulu, dua pengawal peribadi dibelasah dan diacukan pistol disebabkan enggan menuruti arahan majikan supaya tidak berpuasa.

Mangsa berusia 43 tahun bersama seorang lagi rakan sekerja dibelasah menggunakan rotan oleh majikannya di rumah di Batu Nilam, Klang.

Susulan itu, polis menahan empat individu dipercayai terbabit dalam kejadian dua lelaki dipukul di belakang badan dengan rotan oleh majikannya seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dilaporkan berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

Mahkamah Majistret Klang membenarkan permohonan polis untuk menahan reman semua empat suspek selama tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan. – myMetro Online

Tags: berpuasahina islampengawal peribadiperjudian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

02/03/2026
0

Lelaki pihak Al Quran didakwa seorang mualaf.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd