• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Boleh Disekalikan Janji Temu Suntikan Vaksin

oleh
19/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pasangan suami isteri boleh mendapatkan tarikh dan waktu janji temu suntikan vaksin Covid-19 bersekali untuk memudahkan pergerakan ke pusat pemberian vaksin, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ini bagi memenuhi permintaan daripada kelompok itu dan mereka perlu menghubungi talian Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) 1800-888-828 bagi memaklumkan perkara tersebut.

“Kita putuskan akan memberikan janji temu bersekali tetapi kalau suami isteri yang daftar secara berasingan aplikasi MySejahtara masing-masing, kemungkinan janji temu mereka berbeza,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembangan program itu, di sini hari ini.

Selain itu, Khairy berkata warga emas atau tanggungan lain juga boleh berbuat demikian.

Dalam pada itu, Khairy berkata JKJAV memutuskan atlet yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat antarabangsa turut diutamakan dalam pemberian vaksin kerana mereka dikategorikan sebagai ‘kepentingan negara’ seperti yang diamalkan oleh New Zealand yang memberikan suntikan kepada atlet yang akan ke Sukan Olimpik.

Menurut Khairy, atlet yang terlibat termasuk skuad bola sepak yang akan ke Emiriah Arab Bersatu bagi melengkapkan baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun depan.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata semua warga asing termasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 pada fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula Jun ini.

Beliau berkata bagi pekerja warga asing, sama ada berdokumen atau tidak, majikan bertanggungjawab mendaftarkan mereka untuk menerima suntikan vaksin itu.

Kerajaan sebelum ini bersetuju memperluaskan pemberian vaksin Covid-19 secara percuma kepada warga asing yang menetap di Malaysia, mengambil kira beberapa faktor antaranya persekitaran selamat dan bebas Covid-19.

Ditanya sama ada petugas media akan diberi keutamaan dalam fasa ketiga program imunisasi, Khairy berkata perkara itu bergantung pada bekalan vaksin.

“Buat masa ini untuk fasa kedua, kita utamakan golongan warga emas, orang kurang upaya dan mereka golongan berpenyakit kronik. Untuk April, janji temu golongan ini sudah penuh. Apa yang saya boleh katakan, menjelang Jun ke atas, kita akan usahakan untuk proses vaksin petugas media,” katanya. – BERNAMA

Tags: ImunisasiSuami Isterivaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd