• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rentas Negeri Yang Lulus Hanya Dibenar Isnin Hingga Khamis

oleh
20/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pergerakan pada hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad tidak akan diluluskan, namun ia tidak termasuk bagi urusan melibatkan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.

“Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian yang hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja; perubatan; pendidikan serta pasangan jarak jauh,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Acryl Sani berkata, pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis jamuan adalah dilarang.

“Aturan ini akan berterusan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri. Mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Acryl Sani berkata, semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan digerakkan ke semua lokasi bazar Ramadan dan pasar malam bagi memastikan masyarakat mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, kita akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan tersebut dihentikan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: PDRMrentas negeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

PDRM Sahkan Pergi Ke Rumah Penyanyi Rap Untuk Serah Surat Panggilan Saksi

PDRM Sahkan Pergi Ke Rumah Penyanyi Rap Untuk Serah Surat Panggilan Saksi

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan beberapa pegawainya pergi ke kediaman seorang penyanyi rap baru-baru ini untuk menyerahkan surat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd