• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pukul ‘Bodyguard’ Berpuasa: Majikan Didakwa Lagi

oleh
23/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majikan yang didakwa di Mahkamah Majistret Klang pada Khamis atas tuduhan memukul dua pengawal peribadinya kerana berpuasa, sekali lagi didakwa atas tuduhan sama di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Chung Chee Yang, 43, yang merupakan ahli perniagaan dalam bidang hartanah bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif.

Mengikut semua pertuduhan, Chee Yang yang tiba di mahkamah dengan memakai baju T berkolar biru didakwa menyebabkan kecederaan kepada Ahmad Shamsuri Zailani, 27, dan Mohd Azminizam Zulkepli, 44.

Kesemua kesalahan dilakukan di dalam lif dan lobi sebuah kondominium di Dang Wangi di sini pada jam 8.40 dan 8.43 malam, 13 April lalu.

Bagi setiap kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Ashikin Mokhtar mencadangkan Chee Yang dikenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan kerana kes berkenaan menyentuh isu sensitiviti agama dan masyarakat.

“Ia adalah kesalahan serius yang mana membabitkan majikan dan pekerja. Pekerja sepatutnya dilindungi dan dilayan secara berkemanusiaan.

“Lebih-lebih lagi kedua-dua mangsa telah lama berkhidmat dengan tertuduh, antara tiga dan tujuh tahun,” katanya.

Bagaimanapun, Chee Yang yang diwakili peguam, Abdul Hakeem Aiman merayu agar kadar berkenaan dikurangkan atas faktor tahap kesihatan anak guam serta tanggungan keluarga.

“Chee Yang menyara ibu bapa, isteri dan empat anaknya selain dia mempunyai penyakit kanser usus dan insomnia.

“Anak guam saya merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka dan dia banyak berjasa kepada masyarakat di Klang menerusi kerja amal di sekolah dan kuil,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohamad Fared membenarkan Chee Yang diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 2 Jun depan sebagai sebutan semula kes.

Pada Khamis, Chee Yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang atas lima pertuduhan iaitu mencederakan, melakukan ugutan menggunakan pistol dan mengeluarkan perkataan menghina agama Islam terhadap dua pengawal peribadinya dalam kejadian pada minggu lalu. – Sinar Harian

Tags: berpuasaHina Agamapengawal peribadiperkauman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Jangan Cemburu Dengan Kemajuan Orang Lain” – Mohamad Sabu

“Jangan Cemburu Dengan Kemajuan Orang Lain” – Mohamad Sabu

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Jangan Cemburu Dengan Kemajuan Orang Lain, Kita Bangkit Dengan Persaingan Bukan Perkauman" Demikian pesanan Presiden Parti Amanah...

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd