• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prestasi Malaysia Melawan Perubahan Iklim Semakin Jatuh

oleh
07/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DARI FB NAJIB

SEPERTI mana-mana negara dalam dunia, Malaysia juga negara yang sangat terkesan dengan impak perubahan iklim.

Suhu negara akan semakin panas, banjir semakin teruk dan hakisan kawasan-kawasan pinggir laut semakin laju. Namun langkah kerajaan dan prestasi negara kita untuk melawan perubahan iklim sudah jatuh sejak beberapa tahun lalu.

Ini tercatat dalam Indeks Prestasi Perubahan Iklim yang dikeluarkan setiap tahun oleh NGO Germanwatch yang sering dipetik seluruh dunia.

Pada tahun 2008 sebelum saya jadi PM, prestasi Malaysia untuk melawan perubahan iklim dikategorikan sebagai amat buruk (very poor) dan kita terletak di tempat ke 49 antara 61 negara utama yang dipantau indeks itu.

Namun dengan langkah-langkah pro-aktif Pelan Transformasi Negara (NTP dan ETP) seperti banyak melabur dalam industri tenaga boleh, industri kitar semula, penggunaan minyak bio-diesel dan pelaburan pengangkutan awam secara besar-besaran, prestasi kita naik sedikit ke tangga 44 daripada 61 negara pada tahun 2017 tapi masih dikategorikan sebagai negara prestasi buruk iaitu sedikit bertambah baik berbanding kategori sangat buruk.

Namun, kita jatuh kembali ke kategori sangat buruk pada tahun 2019 apabila ranking kita jatuh ke tangga 51 daripada 60 negara.

Dan kita semakin jatuh pada tahun 2020 ke 53 daripada 61 negara dan 56 daripada 61 negara bagi indeks tahun 2021.

Agenda pembangunan Malaysia perlu mengambil kira langkah-langkah untuk melawan perubahan iklim.

Sebab apa langkah yang kerajaan Malaysia ambil hari ini akan membawa impak yang amat besar kepada generasi-generasi mendatang. Generasi kita harus bertanggung jawab pada mereka.

https://ccpi.org/…/the-climate-change-performance…/

Tags: Najib Tun RazakPembangunanperubahan iklim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd