• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKP Di 7 Daerah Di Kelantan, 5 Di Sarawak

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh daerah di Kelantan dan lima di Sarawak selama dua minggu, bermula Jumaat ini.

PKP di Kelantan membabitkan daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan 30.5 peratus di negeri itu dalam tempoh 14 hari.

“Kes meningkat daripada 756 kes kepada 1,088 kes dan semua tujuh daerah ini kini berada dalam Zon Merah.

“Selain itu, sembilan kluster baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Selepas membuat penilaian risiko dan atas nasihat KKM dan selepas perbincangan dengan kerajaan negeri, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di tujuh lokaliti itu bermula 16 April hingga 29 April ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lima daerah di Sarawak yang dikenakan PKP adalah Kuching, Bintulu, Miri, Sibu dan Meradong.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 52 peratus di negeri itu dan dalam tempoh 14 hari, berlaku peningkatan kes daripada 2,761 kepada 4,197 kes serta kluster baharu dikesan setiap minggu. 

“Kerajaan bersetuju melaksanakan PKP lima daerah di Sarawak itu berkuat kuasa 16 April hingga 29 April ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKP ini bertujuan mengawal pergerakan penduduk di semua lokaliti itu bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19. – BH Online

Tags: Kelantanperintah kawalan pergerakansarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd