• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas Barisan Hadapan Kesihatan Dapat Dos Lengkap Akhir April

oleh
05/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua petugas barisan hadapan kesihatan awam dan swasta akan menerima dos pelalian COVID-19 lengkap menjelang akhir bulan ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata ketika ini, ada seramai 62,837 petugas barisan hadapan kesihatan yang belum menerima vaksinasi.

Katanya, mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) membincangkan mengenai petugas barisan hadapan kesihatan yang belum diberikan vaksinasi.

“Laporan CITF terima daripada pengarah kesihatan negeri bahawa ada 62,837 petugas barisan hadapan kesihatan yang belum terima vaksinasi. Ia membabitkan anggota perubatan awam dan swasta seperti doktor, doktor gigi, komuniti farmasi, petugas di makmal kesihatan swasta, pemandu ambulans swasta, hospis dan penjagaan paliatif,” katanya pada Sidang Media Mingguan CITF, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Sementara itu, Dr Adham berkata, 18,022 daripada seramai 267,737 petugas barisan hadapan yang sudah menerima dos kedua vaksin COVID-19, adalah doktor dan doktor gigi.

Justeru, katanya, pihaknya sudah mengarahkan semua pengarah kesihatan negeri utnuk memastikan doktor dan petugas barisan hadapan kesihatan swasta yang sudah menghantar nama dapat menerima dos lengkap menjelang akhir April ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Adham berkata, ketika ini ada 63 hospital dikhususkan untuk rawatan pesakit COVID-19 termasuk tiga hospital universiti, dengan tujuh daripadanya adalah hospital yang merawat pesakit COVID-19 sepenuhnya manakala selebihnya adalah hospital hibrid.

Katanya, jumlah keseluruhan katil khusus untuk rawatan COVID-19 adalah sebanyak 6,775, dengan 2,539 pesakit yang dirawat dan kadar penggunaan 37 peratus.

Katanya, kapasiti katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital COVID-19 seluruh negara adalah 1,146 katil bagi pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19, dengan 660 pesakit sedang menerima rawatan pada kadar penggunaan sebanyak 58 peratus. 

“Daripada jumlah ini, sebanyak 543 katil ICU dikhususkan untuk merawat pesakit COVID-19, pesakit yang disyaki dan berkemungkinan dijangkiti dengan 205 pesakit dirawat ketika ini, menjadikan kadar penggunaan 38 peratus,” katanya. – BH Online

Tags: ImunisasiKKMpetugas barisan hadapanvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk berkenaan. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd