• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Perketat SJR Menjelang Ramadan

oleh
05/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut Ramadan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, pihaknya akan memastikan pemeriksaan ketat dilakukan di setiap sekatan jalan raya (SJR) dan hanya mereka mempunyai dokumen perjalanan lengkap dibenarkan merentas negeri.

Beliau berkata, pihaknya percaya akan ada peningkatan cubaan rentas negeri menjelang Ramadan yang dijangka disambut 13 April ini untuk balik ke kampung memandangkan pada tahun lalu tidak dapat berbuat demikian.

“Pelbagai cara digunakan orang awam untuk rentas negeri balik ke kampung jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di SJR bagi memastikan tiada yang terlepas.

“Kalau ada terjumpa juga, tiada nasihat diberikan malah tindakan undang-undang akan terus diambil ke atas individu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Satu Taman Satu Polis Dan Fokus PDRM Kontinjen Melaka 2021 yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Majid Mohd Ali di Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak mahu sekiranya terdapat lagi individu yang tidak mengambil berat akan SOP ditetapkan.

“Adakah kita akan terus kekal sebegini selamanya kerana masih terdapat sikap tidak mengambil berat akan SOP.

“Jadi sama-sama patuh SOP supaya kita dapat balik raya,” katanya.

Mengulas lanjut Zainal Abidin berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 35 SJR diadakan di setiap pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri di seluruh negara.

“Kita akan tengok jumlah peningkatan kes harian Covid- 19 kalau meningkat, maknanya kita akan menambah SJR,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai Program Satu Taman Satu Polis jelasnya, Melaka menjadi negeri perintis bagi inisiatif itu untuk meningkatkan pencegahan jenayah apabila tujuh kawasan perumahan dipilih pada fasa pertama.

“Program ini akan diperluaskan ke seluruh negara jika kajian impak dalam tempoh tiga bulan menunjukkan kesan positif selain dapat menurunkan kadar jenayah di taman perumahan,” katanya. – myMetro Online

Tags: ramadanrentas negeriSekatan Jalan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd