• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Mahu Semua Harungi Bersama Pemulihan COVID-19

oleh
07/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rakyat akan terus bersama-sama kerajaan mengharungi fasa pemulihan akibat pandemik Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara.

Beliau berkata, selama ini kerajaan dan rakyat telah berdepan dengan ancaman Covid-19 yang sehingga Selasa, mencatatkan 353,329 kes jangkitan wabak tersebut.

“Walaupun jangkitan Covid-19 di Malaysia telah mula menunjukkan trend penurunan, situasinya masih belum stabil,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya sempena Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada Rabu.

Muhyiddin berkata, sehingga awal bulan ini, lebih 130 juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti virus Covid-19 dan mencatatkan lebih 2.85 juta kematian.

Di Malaysia pula, katanya, 1,300 kes kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan sehingga Selasa.

Bersempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih dan syabas kepada seluruh petugas barisan hadapan kesihatan atas usaha dan kerja keras tanpa jemu memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa komited dalam usaha memastikan seluruh rakyat Malaysia dan kumpulan bukan warganegara yang menetap di negara ini mendapat akses perkhidmatan kesihatan terbaik supaya mampu meneruskan kehidupan sempurna.

“Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri dan berusaha mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan atau diet yang seimbang serta melakukan aktiviti riadah dengan lebih kerap,” katanya.

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun dan menandakan sambutan ulang tahun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang ditubuhkan secara rasmi pada 7 April 1948. – BERNAMA

Tags: Ekonomi MalaysiaHari Kesihatan SeduniaMuhyiddin Yassinpandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd