Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Di Lebuhraya...

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat...

Wakil Di Mister International...

MISTER International merupakan satu acara pertandingan lelaki kacak dan cantik yang dianjurkan secara tahunan.Diasaskan...

Kak Girl ‘Curi’ Hati...

SUATU ketika dahulu, nama Humood Alkhudher sering meniti di bibir-bibir netizen apabila lagunya,...

Gambar Altantuya Dengan Razak...

DEDAH... Sepupu Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam bahawa gambar wanita...

MKT UMNO Boleh Putuskan Pemilihan Jun Ini Atau Tangguh

PETALING JAYA – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO boleh memutuskan untuk mengadakan pemilihan parti pada Jun ini atau menangguhkannya sehingga tempoh 18 bulan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua keputusan bergantung kepada MKT.

Menurutnya, berdasarkan perlembagaan parti, pemilihan UMNO perlu diadakan setiap tiga tahun selepas tempoh matang kepimpinan parti tamat.

“Jadi tempohnya tamat Jun tahun ini dan dari segi pemilihan, ia boleh diadakan tetapi perlembagaan (parti) memberi pengecualian sedikit iaitu pemilihan boleh ditangguhkan sehingga 18 bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian usahasama antara Pharmaniaga Berhad dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam pembangunan projek madu kelulut secara saintifik dan komersial di Hotel Royale Chulan Damansara di sini pada Jumaat.

Justeru itu, beliau yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) memberitahu, MKT berkuasa untuk menangguhkan pemilihan berkenaan.

“Terpulang pada MKT untuk putuskan sama ada teruskan pemilihan parti pada Jun ini atau tangguh. Jadi tunggulah keputusan MKT,” katanya.


Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO termasuk bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa pemilihan parti itu diadakan segera sebaik tempoh matang kepimpinan parti tamat.

Ahli Parlimen Rembau itu menggesa MKT supaya mengadakan pemilihan parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda parti itu ketika ini.

Sementara itu, Ismail Sabri menegaskan, semua menteri dan timbalan menteri UMNO akan kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.

“Perhimpunan Agung UMNO (PAU) telah meluluskan tanpa pindaan bahawa kita akan kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan. Itu sangat jelas.

“PAU adalah autoriti tertinggi dalam parti. Jadi bila keputusan dibuat, itu adalah dasar,” katanya. – Sinar Harian

Kategori