• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Bakal Jadi Hab Penting Pembangunan Industri Mineral

oleh
22/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia bakal menjadi hab penting di peringkat global dalam pembangunan industri mineral pada masa akan datang kerana memiliki kepelbagaian sumber mineral yang berpotensi untuk diusahahasilkan secara optimum.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kajian tinjauan awal yang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menganggarkan nilai sumber mineral negara berjumlah RM4.11 trilion yang merangkumi mineral logam bernilai RM1.03 trilion, mineral bukan logam (RM2.96 trilion) dan mineral tenaga (RM0.12 trilion).

“Walaupun nilai ini masih merupakan anggaran, hakikat yang perlu kita ketahui adalah Malaysia mempunyai sumber mineral yang sangat bernilai dan mampu menjadi sebahagian kepada penyumbang utama kemajuan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini pada Khamis.

Shamsul berkata, melihat kepada kewujudan kepelbagaian sumber mineral yang tersebar di seluruh negara, ia bukan sahaja memberikan pendapatan kepada negara, malah memberi manfaat kepada kemajuan ekonomi negeri melalui aktiviti perlombongan dan pengeksportan bahan mineral yang dijalankan.

“Penekanan terhadap prinsip kebertanggungjawaban dan kemampanan dalam menjalankan aktiviti perlombongan, pengeksplorasian, pemprosesan dan penghasilan produk berasaskan mineral akan dijadikan sebagai agenda utama kementerian supaya ia memberi impak langsung kepada rakyat serta tidak membawa kesan negatif kepada alam sekitar, biodiversiti dan hutan.

“Dalam kerancakan untuk meneroka potensi bahan mineral ini, industri mineral tidak terkecuali dipandang sebagai industri yang banyak memberi impak kerosakan terhadap alam sekitar, sistem biodiversiti negara dan kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, kementeriannya telah diberikan peruntukan sebanyak RM87.2 juta bagi melaksanakan gerak kerja berkaitan pembangunan industri mineral negara di bawah peruntukan Belanja Pembangunan Rancangan Malaysia ke-12.

“Ini merangkumi aktiviti seperti penilaian sumber mineral negara, pembangunan sistem pemantauan bersepadu lombong dan kuari, penarafan kemampanan industri perlombongan dan pengkuarian menggunakan kaedah Sustainable Development Indicators (SDI) dan inovasi dan pengkomersilan produk mineral negara.

“Bagi membangunkan industri mineral negara secara menyeluruh, kerangka Pelan TIM 2021-2030 dilancarkan bertujuan mengarusperdana pengurusan industri mineral bagi mencapai pembangunan mampan dan mengukuhkan asas ekonomi dengan menjadikan sumber mineral sebagai sumber kekayaan baharu negara,” katanya.

Beliau berkata kerangka tersebut menyediakan perancangan yang bersifat terangkum untuk membangunkan industri mineral secara menyeluruh dan bersepadu melalui transformasi di setiap peringkat rantaian nilai iaitu sektor huluan, pertengahan dan hiliran.

“Kerangka itu berasaskan kepada lima teras utama merangkumi tadbir urus dan perundangan, pembangunan rantaian nilai industri mineral, pemetaan dan inventori sumber mineral, teknologi dan inovasi serta pembangunan modal insan.

“Pelan TIM 2021-2030 itu menyasarkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, industri mineral di Malaysia akan berkembang dalam rantaian nilai yang lengkap dari peringkat huluan hingga hiliran khususnya bagi mineral-mineral yang strategik,” katanya.

Pada majlis itu, dua memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani iaitu antara JMG dengan Ranhill Bhd dan JMG dengan Dewan Perlombongan Malaysia (MCOM) bagi kerjasama dalam bidang pembangunan industri mineral negara.

Shamsul berkata, kerjasama itu adalah bagi memajukan lagi industri mineral dengan lebih cekap dan berkesan serta memberi penekanan kepada aspek perlombongan mampan. – BERNAMA

Tags: industri mineralsumber mineral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd