• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teliti Data Sebelum Benar Individu Lengkap Divaksin Rentas Negeri

oleh
02/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti data teknikal serta klinikal berkaitan kesihatan di negara ini susulan cadangan membenarkan individu yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 untuk merentas negeri.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, cadangan memberi kebenaran rentas negeri itu telah dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengutarakan dan memberi penekanan terhadap perkara itu.

“Saya bersetuju dengan Perdana Menteri. Kebenaran rentas negeri apabila selesai vaksinasi sewajarnya kita berikan sebagai insentif seterusnya menggalakkan orang ramai untuk dapatkan vaksin Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah bagi Kempen MyDebit di KKM, di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, Muhyiddin berkata, individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mungkin dibenar untuk merentas negeri malah mereka juga mungkin boleh ke luar negara dan keputusan mengenai perkara itu akan dibuat pada mesyuarat MKN.

Dr Adham berkata, buat masa ini, kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan kepada individu yang terlibat dalam sektor perkhidmatan perlu serta pelancong melibatkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dengan menggunakan agensi pelancongan berdaftar bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19.

“Bagi pergerakan rentas negeri memang ada kes Covid-19 direkodkan namun tiada kluster,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan individu yang telah lengkap melalui proses vaksinasi masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19.

“Mereka (yang telah divaksin) ini tidak terlepas daripada perlu menggunakan pelitup muka, mengamalkan kebersihan dan menjaga penjarakan fizikal,” katanya.

Mengenai Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada 17 April ini, Dr Adham berkata, pihaknya telah melakukan persiapan rapi di 600 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi memastikan proses vaksinasi berjalan lancar.

“Pendaftaran untuk menerima vaksin perlu dipertingkat dan ia boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera, talian hotline atau bersemuka dengan hadir ke fasiliti kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, seramai 9.4 juta penerima vaksin disasarkan dalam fasa kedua melibatkan golongan berisiko tinggi antaranya warga emas, pesakit kronik, orang kurang upaya (OKU) dan individu mempunyai komorbiditi.

“Setakat hari ini, seramai 498,468 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 dan dalam beberapa hari lagi, angka 500,000 terima dos pertama akan tercapai,” katanya. – BERNAMA

Tags: KKMrentas negerivaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd