• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Serius Tangani Wabak COVID-19 – PM

oleh
23/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAGOH – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal tanggapan segelintir masyarakat yang mendakwa kerajaan tidak bersungguh-sungguh menangani wabak COVID-19 di negara ini. 

Perdana Menteri menjelaskan, pelbagai usaha dijalankan kerajaan termasuk meneliti data dan perkembangan terkini COVID-19 di negara ini setiap hari. 

“Saya bermesyuarat setiap hari bagi membincangkan kes COVID-19 di seluruh negara. Semua (data COVID-19) kita perhalusi dan teliti.

“Saya cakap macam ni kerana tanggapan segelintir masyarakat kita, seolah-olah kerajaan tidak berusaha bersungguh-sungguh nak tangani masalah ini (COVID-19) kerana ia masih menular.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berusaha bersungguh-sungguh. Kalau dibandingkan peratusan negara kita dengan yang lain, kita jauh lebih rendah dan kecil berbanding negara maju,” katanya ketika merasmikan majlis penyampaian sumbangan sempena Ramadan Parlimen Pagoh di sini, hari ini.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; EXCO Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal. 

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyertai bacaan Yasin, tahlil dan menunaikan solat Asar di Masjid Jamek Haji Muhammad Yassin, di sini. 

Perdana Menteri memberi jaminan vaksin yang diberi kerajaan menerusi Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah selamat dan sudah melalui ujian agensi khas.

“Jangan bimbang, vaksin yang diberi kerajaan selamat digunakan kerana ia diuji Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang membuat ujian saintifik.

“Vaksin yang kita guna dijamin selamat berkesan, efikasi vaksin tinggi dan sebagainya, itu sebab kita laksanakan pelan imunisasi berkenaan,” katanya. 

Beliau turut meminta rakyat bersabar dan tidak menyalahkan kerajaan berikutan kelewatan penerimaan vaksin berikutan tiada syarikat sanggup membekalkan 66 juta dos untuk lebih 30 juta rakyat Malaysia.

“Kira-kira 10 juta rakyat sudah mendaftar pengambilan vaksin di aplikasi MySejahtera, namun vaksin yang kita terima tidak mengikut jadual.

“Apa yang penting kita berusaha keras untuk melandaikan keluk COVID-19 negara supaya dalam tempoh tidak terlalu panjang, kita dapat hidup seperti biasa semula,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd