• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebenaran Rentas Negeri Diperketatkan

oleh
16/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kebenaran untuk orang ramai merentas negeri susulan situasi COVID-19 di negara ini yang belum stabil dan semakin menunjukkan peningkatan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata situasi berkenaan memerlukan Bukit Aman mengeluarkan arahan terbaharu yang berkuat kuasa semalam.

“Permohonan yang dipertimbangkan bergantung kepada alasan munasabah yang dikemukakan oleh pemohon dan akan diteliti dengan lebih ketat. 

“Setakat ini, permohonan yang dipertimbangkan tertakluk kepada tiga situasi iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat namun perlu dokumen sokongan, kematian serta pasangan suami isteri yang berjauhan,” katanya kepada BH, hari ini.

Katanya, arahan berkenaan sudah dikeluarkan kepada semua ketua-ketua polis negeri di seluruh negara.

Tindakan pihak polis ini juga dipercayai ada kaitan dengan rasa tidak puas hati orang ramai berhubung tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan kebenaran merentas negeri untuk tujuan lain.

Semalam, tular di media sosial satu gambar notis dipercayai dikeluarkan oleh pihak Balai Polis Bandar Presint 7, Putrajaya dan dicop serta tandatangan Ketua Polis Balai, Asisten Superintendan Azman Johari Rakhibi.

Menerusi notis itu, permohonan kebenaran rentas negeri diperketatkan dan tertakluk kepada tiga situasi sahaja iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat dengan melampirkan dokumen sokongan, kematian dan pasangan jarak jauh (PJJ).

Kandungan lain dalam notis itu ialah kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan bagi tujuan menghadiri majlis perkahwinan dan lain-lain kenduri dan ketetapan itu dikatakan datang daripada Ketua Polis Negara dan berkuat kuasa semalam.

Dalam pada itu, semalam BH melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Aidilfitri pada bulan depan ditangguh.

Menteri, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata KKM mendapati penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan selain terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi masih diteruskan.

Katanya, walaupun banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri bagaimanapun KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan kerana bimbang berlaku gelombang keempat jangkitan COVID-19. – BH Online

Tags: Covid-19PDRMrentas negeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd