• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kawalan Minda’ Jadikan Fikiran Pengganas Jumud

oleh
15/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan proses radikalisasi penyokong kumpulan pengganas yang lazimnya dilalui mereka akan menyebabkan minda tepu dengan hanya satu tanggapan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Normah Ishak, berkata pembentukan minda itu sama ada menganggap sesuatu perkara itu salah atau sebaliknya dalam kalangan penyokong terbabit.

“Namun lazimnya ia sesuatu tanggapan yang salah, maka penyokong ini minat dengan dakyah pengganas terutamanya mengenai jihad dan mati syahid, sedangkan konsep jihad yang luas disempitkan hanya dengan mati syahid.

“Golongan ini pula mati syahid dengan cara hutang peribadi tidak dilangsaikan. Ada beberapa rakyat Malaysia sengaja mengambil pinjaman peribadi dengan bank dengan niat mahu membayarnya serta digunakan sebagai dana berhijrah ke Syria,” katanya.

Normah berkata, dalam ajaran Islam, bab hutang dijelaskan secara terperinci mengenai tatacara berhutang selain merekodkannya dengan saksi supaya sesiapa yang berhutang atau memberi hutang tidak menzalimi antara satu sama lain.

“Penekanan dalam al-Quran ini begitu signifikan sehingga jika berhutang, mati syahid pun menjadi batal dan tidak sah. Saya bersimpati kepada golongan malang ini kerana pemikiran mereka yang beku serta mempunyai tanggapan yang sesat,” katanya.

Beliau berkata, proses radikalisasi boleh berlaku kepada sesiapa saja dan dalam kes yang lebih ringan, ia boleh merujuk kepada golongan malang lain seperti golongan antivaksin.

Ditanya mengenai cara penyokong keganasan ini boleh direkrut, Normah berkata, perkara itu dibuat dengan memanfaatkan teknologi moden serta menerusi telefon pintar.

“Ia diumpamakan jika paru-paru berair yang kemudiannya akan membawa kepada masalah sesak nafas kepada penghidapnya,” katanya.

Normah berkata, sekiranya telefon bimbit tidak berada di tangan, penggunanya akan menjadi resah gelisah dan ini menunjukkan betapa dekatnya mereka dengan telefon pintar ini yang mana rakyat Malaysia dilaporkan antara tertinggi jumlahnya melayari laman sosial. 

“Ketika seronok melayari secara tidak sedar perekrut juga sedang memantau selain membuka ruang berinteraksi sesama mereka. Di situ akan bermula satu proses bina hubungan yang membentuk kepercayaan secara tipu daya dan akhirnya terjerumus dengan dakyah dicanang, sekali gus terus menjadi pengikut setia kumpulan pengganas terbabit,” katanya.

Jelasnya, proses terbabit adalah satu metodologi lazimnya digunakan anggota sindiket ‘Love Scam’, ‘Macau Scam’ dan lain-lain bentuk penipuan yang akhirnya direalisasikan oleh mangsa sendiri secara sukarela.

Beliau berkata, hal itu dirujuk sebagai ‘online radicalization through recruitment’ (radikalisasi dalam talian) selain terdapat juga yang terlalu gemar dan taksub kepada isu tertentu seperti kisah akhir zaman, kisah Imam Mahadi, pemuda dari Khurasan dan seumpamanya.

Normah berkata, mereka kemudiannya menjadi ketagih kepada isu ini sehingga saban hari membaca dan menelaah bahan berkaitan tanpa henti.

Beliau berkata secara perlahan-lahan minda mereka membentuk satu fahaman ekstrim yang sukar berpatah balik, menjadi tegar dengan fahaman itu dan situasi itu dikatakan ‘online self-radicalization’ atau menjadi radikal secara kendiri dalam talian. – BERNAMA

Tags: Hutangjihadmati syahidpengganas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Dia Tanya You Pilih Allah Ka Mahu Pilih Saya?”

Next Post

Ahli Perniagaan Pukul Pengawal Peribadi Direman Hingga Sabtu

Related Posts

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

14/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

Lelaki Warga Asing Gesel Kemaluan Pada Kanak-kanak Dicekup

Gaduh Akibat Hutang RM30, Lelaki Cedera Ditikam Rakan

08/03/2024
0

Petaling Jaya: Akibat hutang RM30, dua sahabat bergaduh sebelum seorang daripadanya luka ditikam dan dikelar menggunakan pisau. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Ahli Perniagaan Pukul Pengawal Peribadi Direman Hingga Sabtu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd