Thursday, June 13, 2024

Creating liberating content

Menyayat Hati, Terpaksa Matikan...

SEORANG gadis remaja berusia 15 tahun meninggal dunia selepas empat bulan bertarung nyawa...

Intai, Hendap Wajar Dianggap...

PUTRAJAYA - Perbuatan mengintai atau mengendap perlu diklasifikasi sebagai perbuatan jenayah kerana boleh...

Joi 8: Tablet Windows...

Syarikat tempatan, SNS Network dan Intel Malaysia dijadualkan akan memperkenalkan salah satu tablet...

Avengers: Infinity War Raih...

LOS ANGELES - Filem Avengers: Infinity War meraih kutipan hujung minggu pertama mencecah...

“Dia Tanya You Pilih Allah Ka Mahu Pilih Saya?”

KUALA LUMPUR – “Kami dijadikan seperti ‘show’ (pertunjukan), dia siap cakap you (awak) mahu pilih Allah ke mahu pilih saya,” kata pengawal peribadi yang dipukul majikannya, semalam.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, lelaki berkenaan mendedahkan dia dipukul di hadapan pekerja lain.

“Individu yang memukul saya itu seorang sahaja iaitu bos, yang membuatkan ramai itu apabila kami dijadikan sebagai ‘show’ pertunjukan.

“Dia beritahu jika dia membuang kami berdua, adakah Allah boleh tolong saya, dia bertanya duit yang diterima itu adakah dari Allah atau dari dia,” katanya.

Video berdurasi seminit 38 saat itu dirakam seorang lelaki di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, semalam.

Terdahulu, dua pengawal peribadi dibelasah dan diacukan pistol disebabkan enggan menuruti arahan majikan supaya tidak berpuasa.

Mangsa berusia 43 tahun bersama seorang lagi rakan sekerja dibelasah menggunakan rotan oleh majikannya di rumah di Batu Nilam, Klang. 

Susulan itu, polis menahan empat individu dipercayai terbabit dalam kejadian dua lelaki dipukul di belakang badan dengan rotan oleh majikannya seperti tular di media sosial.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dilaporkan berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan ahli perniagaan itu antara empat individu ditahan berkaitan kes itu.

Katanya, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan 8.20 malam tadi di ibu kota hasil risikan polis susulan laporan dibuat mangsa.

“Ya, suspek sudah ditahan malam tadi dan akan direman pagi esok (Khamis) untuk siasatan lanjut,” katanya. – myMetro Online

Kategori