• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kartel Projek RM3.8 Bilion: Pegawai Kanan Kerajaan Diberkas

oleh
06/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas seorang pegawai kanan sebuah agensi susulan pembongkaran kartel tender kerajaan bernilai RM3.8 bilion.

Lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai juru ukur bahan gred 48 dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan ‘bill of quatity’ (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan agensi terbabit.

Menurut sumber, dia dipercayai menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek kepada ketua sindiket untuk memudahkan penyediaan dokumen tender.

“Pegawai terbabit ditahan lewat malam semalam di rumahnya di Ampang,” katanya.

Beliau berkata, hasil risikan mendapati lelaki itu menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket.

“Setakat ini sebanyak empat kali pembayaran dibuat kepada lelaki itu dianggarkan berjumlah RM1.2 juta,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, siasatan masih berjalan dan dipercayai lebih ramai akan ditahan berhubung kes ini.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan lelaki itu direman selama enam hari sehingga 12 April depan.

Perintah berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim. Sinar Harian

Tags: kartel projekpegawai kerajaansindiketSPRMtender kerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wang Tunai RM3.5 Juta Dalam Rumah Ketua Sindiket Kartel Tender

Next Post

Sindiket Godam Data Imigresen, Cetak PLKS Palsu Tumpas

Related Posts

Sindiket Edar Bunga Ganja Bernilai RM1.48 Juta Tumpas

Sindiket Edar Bunga Ganja Bernilai RM1.48 Juta Tumpas

04/08/2025
0

Kuala Lumpur: Empat individu termasuk dua wanita warga asing ditahan selepas terbabit dalam pengedaran 'nugget' atau bunga ganja bernilai RM1.48...

Tindakan Tatatertib Akan Dikenakan Terhadap 10 Anggota Polis Ditahan SPRM Di Johor, Pahang

Tindakan Tatatertib Akan Dikenakan Terhadap 10 Anggota Polis Ditahan SPRM Di Johor, Pahang

01/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 10 anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor dan Pahang, baru-baru ini bakal...

Next Post

Sindiket Godam Data Imigresen, Cetak PLKS Palsu Tumpas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd