• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Rt COVID-19 Meningkat Kepada 1.14

oleh
15/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 pada jangkaan mengikut kes seharian di seluruh negara semalam, meningkat kepada 1.14, berbanding 1.09 pada hari sebelumnya.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akaun twitter hari ini, Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 tertinggi dengan nilai Rt 1.30, berbanding negeri lain.

Ia diikuti Kelantan dengan nilai Rt 1.27, Putrajaya (1.26), Sabah (1.21), Sarawak (1.19), Perlis (1.17), Kuala Lumpur (1.15), Kedah (1.08), Negeri Sembilan (1.06) dan Perak (1.06).

Selain itu, enam negeri mencatatkan nilai Rt di bawah satu iaitu Selangor (0.98), Labuan (0.97), Pahang (0.96), Melaka (0.91), Johor (0.90) dan Pulau Pinang (0.89).

Berdasarkan data berkenaan, nilai Rt negara menunjukkan peningkatan sejak 10 April lalu, susulan peningkatan kes COVID-19 yang direkodkan sejak kebelakangan ini.

Semalam, sebanyak 1,889 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 365,829 kes.

Selangor mencatat kes harian tertinggi dengan 517 kes, diikuti Sarawak (489) dan Kelantan (226).

Sementara itu, seramai seramai 1,078,695 individu menerima suntikan vaksin COVID-19 dengan 425,164 individu menerima dos kedua vaksin COVID-19 manakala seramai 653,531 individu pula menerima dos pertama.

Jumlah yang mendaftar untuk menerima suntikan vaksin pula mencecah 8.8 juta orang atau 36.10 peratus daripada sasaran ditetapkan. – BH Online

Tags: Covid-19KKMRt
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd