• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Tularkan Iklan Raya Promosi Judi – Jakim

oleh
16/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta umat Islam di negara ini agar tidak menularkan video yang dipercayai mengandungi iklan judi bersempena Aidilfitri yang dilihat boleh membawa kesan buruk.

Menurut kenyataan Jakim hari ini, jabatan itu memandang serius isu berkenaan dan menentang keras perbuatan tersebut yang menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam. 

“Justeru, Jakim menyokong usaha pihak berwajib dalam mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini mengikut lunas undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” demikian menurut kenyataan itu.

Jakim turut menasihati umat Islam agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian, termasuk membantu mempromosikan kegiatan itu yang jelas bertentangan dengan hukum syarak.

Video iklan berdurasi dua minit itu tular menerusi media sosial yang antara lain mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat perjudian bagi mendapatkan dana untuk menyambut hari raya.

Terdahulu hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dilaporkan meminta penyedia platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube agar menurunkan iklan yang mengajak umat Islam di negara ini berjudi bagi mendapatkan dana untuk balik kampung bersempena Aidilfitri. – BERNAMA

Tags: Iklan RayaJakimperjudian dalam talianumat Islam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2,551 Kes Baharu Covid-19, 2 Kematian

Next Post

7 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

Related Posts

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

Umat Islam Tidak Dibenar Hadir, Turut Serta Upacara Keagamaan, Ritual Bukan Islam – Mufti Perlis

Umat Islam Tidak Dibenar Hadir, Turut Serta Upacara Keagamaan, Ritual Bukan Islam – Mufti Perlis

08/02/2025
0

Kangar : Umat Islam tidak dibenarkan untuk menghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan keagamaan bukan Islam di Perlis. IKUTI...

Next Post

7 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd