• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hebatnya ‘Awek’ Roti Canai beraksi!

oleh
07/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHERATING – Siapa sangka menebar roti canai kini tidak hanya tertumpu kepada kaum lelaki sahaja, malah kemahiran itu mula dikuasai golongan wanita terutama golongan ‘gadis roti canai’.

Jika dilihat fizikal dan usianya yang masih muda, tiada siapa menjangka roti canai yang dihasilkan itu hasil air tangan Siti Nur Syakila Mohd Razali, 18.

Di sebalik wajah cantik dan ayu, remaja yang mesra dipanggil Isya itu mampu menebar roti canai menggunakan hanya sebelah tangan.

Anak ketiga dari lima beradik itu berkata, dia mula belajar menguli dan menebar roti canai sejak berada di tingkatan dua.

“Sebelum ini saya hanya memerhati umi (ibu) menebar roti canai seterusnya mula mencuba sendiri dan saya tak sangka terus menjadi.

“Saya juga selalu menolong umi di kedai makan kami (Warung Asnaf Kak Lah Cherating) setiap pagi untuk menebar roti canai.

“Jadi secara tak langsung saya mula mahir dan mampu menebar roti canai menggunakan sebelah tangan,” katanya yang hanya mengambil masa 30 saat untuk menyiapkan tebaran roti canai itu.

Kisah Isya itu mendapat perhatian selepas perkongsian video di TikTok yang menunjukkan kemahiran menebar roti canai dengan hanya sebelah tangan.

Katanya, dia tidak menyangka video yang dikongsi itu menerima sambutan orang ramai dan rata-rata meninggalkan komen positif terhadap kelebihannya itu.

“Saya saja-saja kongsi video itu dan tak sangka maklum balas diterima begitu banyak dan syukur semuanya memberi pujian.

“Dalam keluarga sebenarnya bukan saya sahaja yang mahir menebar roti canai, malah umi dan keluarga sebelah umi semua pandai tebar roti canai.

“Mungkin bakat saya ada ini datang daripada umi dan tebar menggunakan sebelah tangan ini pula saya baru saja mahir sebenarnya, lebih kurang dalam tiga minggu ini.

“Tetapi, untuk mahir saya sering berlatih menebar sebelah tangan dengan menggunakan kain kemudian baru saya cuba pada roti canai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Isya berkata, dia akan terus meningkatkan kemahiran menebar roti canai dan pada masa ini dia sedang berlatih untuk menebar roti canai ‘terbang’.

“Saya masih belajar untuk buat roti ‘terbang’ dan saya juga akan berkongsi lebih banyak video menebar roti canai selepas ini,” katanya yang bercita-cita menjadi usahawan berjaya. – myMetro Online

Tags: Awekgadisgolongan wanitamenebar roti canai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhyiddin Mahu Semua Harungi Bersama Pemulihan COVID-19

Next Post

Pelaburan Baru Semakin Kurang Bawah PH Dan PN – Najib

Related Posts

Video Gadis Rebah Bukan Kerana Koronavirus

28/01/2020
0

KUANTAN - Ahli keluarga kepada gadis yang rebah dan meninggal dunia di sebuah kedai di Shah Alam Ahad lalu, tampil...

Gadis 200 Kilogram Meninggal Dunia

19/12/2019
0

PASIR MAS - Seorang wanita yang menderita akibat berat badan naik mendadak sehingga mencecah 200 kilogram (kg) meninggal dunia malam...

Next Post

Pelaburan Baru Semakin Kurang Bawah PH Dan PN - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd