• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bubur Anak Lebah Warisan Negeri Perak

oleh
19/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Hidangan bubur lambuk sudah tidak asing lagi setiap kali bulan Ramadan namun bubur anak lebah tidak dilupakan masyarakat Perak Tengah sebagai pemanis mulut ketika berbuka puasa.

Uniknya bubur ini adalah dari segi cara pembuatannya yang menggunakan acuan seperti sarang madu lebah dan adunan tepung yang ditekan pada atas lubang-lubang acuan dalam menghasilkan bentuk seperti anak-anak lebah, sekali gus mendapat gelaran sebegitu.

Bernama berkesempatan menemui seorang peniaga bubur anak lebah, Sarpah Salwa Abd Rahim, 57, yang menyifatkan bubur anak lebah merupakan manisan warisan negeri Perak yang popular ketika majlis lepas berpantang, majlis berendoi dan cukur jambul namun ia sukar ditemui pada masa kini kerana tidak ramai yang berkebolehan untuk memasaknya.

“Bukan semua orang boleh buat sebab bubur ini warisan lama datuk nenek dan orang Bota atau Perak Tengah sahaja yang banyak tahu sebab itu ramai lagi orang yang tidak tahu bubur anak lebah.

“Kebetulan saya pun memang asal orang sana sebab itu tahu cara membuatnya. Dahulu saya belajar dengan arwah emak dan tidak sangka laku pula. Mungkin kerana tidak ramai yang membuatnya. Alhamdulillah permintaan serta tempahan daripada pelanggan sentiasa ada,” katanya.

Selain bubur anak lebah, Cikwa turut menjual 10 jenis bubur tradisional lain setiap kali tiba Ramadan termasuklah dua lagi makanan istimewa warisan Perak iaitu penjan ubi kayu dan bubur roti kapal.

“Setiap hari memang saya akan masak 10 jenis bubur. Kadang-kadang 13 bubur bergantung pada bahan yang ada. Yang paling laris dan akan habis dulu bubur anak lebah mungkin berikutan kesukaran mendapatnya selain namanya yang unik,” katanya.

Dia yang berniaga di Taman Perpaduan di sini berkata, pelanggan daripada pelbagai bangsa, agama dan kaum akan datang membeli bubur anak lebah itu sebaik gerainya dibuka pada jam 3 petang sambil mengamalkan prosedur operasi ditetapkan dan meraikan keharmonian masyarakat setempat. – BERNAMA

Tags: Berbuka Puasabubur anak lebahpemanis mulutPerakramadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

“Kami Datang Nak Ibadah, Bukan Nak Dihina” – Pengalaman Pahit Keluarga Berbuka Di Masjid Tular

“Kami Datang Nak Ibadah, Bukan Nak Dihina” – Pengalaman Pahit Keluarga Berbuka Di Masjid Tular

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Niat murni seorang ibu membawa anak kecil ke masjid untuk berbuka puasa dan menunaikan solat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd