• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Memang Pandai Soal Video Dan Audio – Anwar

oleh
12/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – “Takpelah, itu pandangan dia. Berkenaan dengan video dan audio ini, dia memang pandai. Kenyataan saya ringkas tetapi maknanya mendalam.”

Demikian maklum balas ringkas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap dakwaan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung isu penyebaran rakaman audio didakwa mirip suara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Pengumuman Kemasukan Tokoh Agamawan ke dalam PKR di sebuah hotel di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengerusi PKR Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan yakin bahawa rakaman audio didakwa mirip suara Anwar dan Ahmad Zahid yang tular baru-baru ini adalah sahih.

Mohamed Azmin yang juga bekas Setiausaha Sulit Anwar menyifatkan perkara itu sebagai satu pengkhianatan terbesar khususnya dilakukan oleh Anwar jika audio tersebut dibuktikan benar.

Mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menasihatkan beliau dan Ahmad Zahid membuat laporan polis berhubung penyebaran audio perbualan telefon itu, Anwar memberitahu bahawa Ketua Polis Negara itu mempunyai banyak kerja untuk menyiasat audio dan video yang belum diselesaikan.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, seramai 15 individu yang mempunyai latar belakang agama diumumkan menyertai PKR antaranya bekas Ketua Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Datuk Baharum Hasbullah.

Selain itu, tiga bekas ahli PAS iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Razali Hassan; bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Seremban, Mohd Rais Mustafa Kamal.

Anwar percaya penyertaan kesemua individu berkenaan yang mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam pelbagai disiplin dapat memberikan suntikan serta semangat baharu kepada PKR.

“Saya optimis dan percaya ia juga bakal mengisi dan menambah baik semangat memungkinkan islah serta membuktikan Keadilan (PKR) sebagai wadah untuk semua iaitu golongan profesional, seniman, agamawan dan lain-lain.

“Saya percaya penyertaan mereka ini bukan yang terakhir dan akan ada lagi menyertai PKR selepas ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMohamed Azmin Alirakaman audioRakaman Video
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kempen Cuti-Cuti Malaysia Tawar Pelbagai Pakej Skuba

Next Post

Treler Terbalik, Pemandu, Kelindan Maut

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

16/04/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden China, Xi Jinping tiba di Kompleks Seri Perdana di sini, bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post

Treler Terbalik, Pemandu, Kelindan Maut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd