• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apabila Bekas Ketua Hakim, Bekas Peguam Negara Di Kandang Saksi

oleh
12/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Minggu lalu, dua mahkamah Kuala Lumpur menyaksikan sesuatu yang amat jarang berlaku – kehadiran dua bekas tokoh utama perundangan negara di kandang saksi. 

Namun itulah yang berlaku apabila bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, 76, serta bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, 71, hadir di mahkamah untuk memberi keterangan, masing-masing sebagai saksi dan plaintif dalam perbicaraan berbeza.

Dua tokoh itu yang tidak asing dengan kerusi hakim, menceritakan pengalaman mereka memberi keterangan dari kandang saksi kepada Bernama.

Zaki yang menjadi Ketua Hakim Negara selama tiga tahun sejak 2008, ketawa apabila ditanya sama ada beliau berasa gementar memberi keterangan buat pertama kali sebagai saksi di hadapan hakim.

“Nak kata nervous sangat itu tidaklah, cuma sedikit cemas. Sebagai hakim, saya biasa duduk di atas (mendengar kes), dan semasa menjadi peguam saya duduk di tempat peguam. Tapi pada Rabu lepas saya duduk di bawah, di tempat saksi,” kata Zaki yang tercatat dalam sejarah kehakiman Malaysia sebagai peguam pertama dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan secara terus pada 2007.

Zaki berkata, pengalaman memberi keterangan di kandang saksi itu agak menarik selain menjadi detik bersejarah bagi dirinya.

“Saya mula-mula pergi mahkamah pada 1987 semasa menjadi peguam. Minggu lepas saya pergi mahkamah sebagai saksi.

“Sememangnya itu satu pengalaman yang menarik dan hebat, menunggu di bilik saksi bersama-sama saksi lain sebelum dipanggil memberi keterangan. Sebagai bekas ketua hakim negara di Malaysia dan (ketua hakim) di Dubai, detik itu adalah saat bersejarah bagi saya,” katanya.

Tidak ramai hakim atau peguam yang mempunyai kisah sedemikian untuk diceritakan kepada cucu mereka, tambah beliau.

Pada November 2018, Zaki menjadi tajuk berita utama apabila dilantik sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tengah Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) iaitu mahkamah yang mengendalikan pertelingkahan sivil serta komersial di Dubai, antara pusat kewangan utama dunia.

Pada Rabu lalu, Zaki memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebagai saksi keenam pendakwaan dalam perbicaraan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony yang berdepan pertuduhan menggunakan dokumen palsu berkaitan kontrak penyelenggaraan sistem.

Zaki memberi keterangan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah, jawatan yang dipegang beliau dari 3 April 2013 hingga 31 Julai 2018.

Sementara itu, Mohamed Apandi yang kini bertugas sebagai peguam, adalah Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik ke jawatan Peguam Negara pada 2015.

Beliau juga menyifatkan pengalaman pertamanya memberi keterangan di mahkamah itu sebagai sesuatu yang hebat.

“Saya tidak rasa nervous sebab mahkamah dah jadi seperti playground (padang permainan) bagi saya. Saya pergi mahkamah hari-hari. Saya dah biasa tengok saksi angkat sumpah dan beri keterangan. Bila saya beri keterangan saya tenang saja,” katanya.

Mohamed Apandi yang menjadi Peguam Negara dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman fitnah beliau terhadap veteran DAP Lim Kit Siang di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azimah Omar. – BERNAMA

Tags: Mohamed apandi aliTun Zaki Azmi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Apandi Lapor Polis Kenyataan Tommy Thomas

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan membuat laporan polis hari ini, terhadap Tan Sri...

Pandangan Negatif Mahathir Punca Dipecat – Apandi

03/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membentuk pandangan negatif...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd