• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Direkodkan

oleh
13/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sembilan lagi kluster baharu Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan empat kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti manakala masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.

Menurutnya, Kluster Jalan Puncak Borneo di Sarawak, Kluster Jalan Raja Laut dan Kluster Jalan Hishamuddin di Kuala Lumpur serta Kluster Lebuh Wawasan di Putrajaya membabitkan kluster tempat kerja.

Katanya, Kluster Tabanak dan Kluster Kampung Gayang di Sabah dan Kluster Taman Malim Jaya di Melaka membabitkan komuniti.

“Bagi Kluster Jalan Bukit Belida di Negeri Sembilan membabitkan kluster keagamaan, manakala Jalan Salleh di Johor daripada pusat tahanan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 344 kluster dengan 62 kluster merekodkan pertambahan kes positif baharu.

Katanya, kluster merekodkan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth sebanyak 137 kes, Kluster Jalan Puncak Borneo (60 kes), dan Kluster Jalan Bambangan (47 kes). – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd