• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

801,773 Individu Sudah Terima 2 Dos Vaksin Covid-19

oleh
05/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 287,737 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata bagi tempoh sama, 514,036 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini berjumlah 801,773.

Menerusi satu infografik yang dikongsikan dalam laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata, Selangor kekal sebagai negeri tertinggi menerima suntikan dos pertama vaksin sebanyak 71,405, diikuti Sarawak (53,598) dan Perak (50,378).

Sabah pula merekodkan 46,562, Kuala Lumpur (44,925), Johor (42,214), Pahang (34,758), Pulau Pinang (33,688), Kedah (31,115), Terengganu (25,167), Negeri Sembilan (24,874), Kelantan (22,717), Melaka (14,633), Perlis (9,858), Putrajaya (5,421) dan Labuan (2,723).

Sementara itu, Selangor turut mencatat jumlah individu paling ramai telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu 35,255, diikuti Perak (30,793).

Sarawak mencatatkan 27,281, Kuala Lumpur (26,637), Sabah (26,563), Pahang (23,705), Johor (22,138), Kedah (17,493), Kelantan (15,703), Pulau Pinang (15,431), Terengganu (14,224), Negeri Sembilan (12,041), Melaka (7,712), Perlis (6,668), Putrajaya (3,774) dan Labuan (2,319).

Dalam pada itu, Dr Adham berkata, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan adalah seramai 7,906,913 atau 32.6 peratus dengan Selangor kekal merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,155,809 pendaftaran.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Program akan diteruskan bagi fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kurang upaya.

Sementara fasa ketiga yang dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang. – BERNAMA

Tags: KKMvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd