• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikenal Pasti

oleh
09/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh lagi kluster baharu membabitkan empat di tempat kerja dan tiga dalam komuniti hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Sungai Kluang Satu membabitkan kluster tempat kerja di daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. 

Menurutnya, kes ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 4 April hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang 1, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya yang mana 79 kes dikesan setakat ini.

“Kluster Jalan Ismail Sultan juga kluster tempat kerja membabitkan daerah Johor Bahru di Johor yang mana kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342,354) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Mac lalu hasil saringan individu bergejala. 

“Kluster ini membabitkan pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Ismail Sultan, Gelang Patah, Johor Bahru dan 36 kes dikesan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Batu Lima Jalan Sibuga juga kluster tempat kerja membabitkan daerah Sandakan, Sabah dan kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344,746) dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Mac lalu hasil saringan individu bergejala. 

“Kluster ini membabitkan pelajar dan kakitangan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Batu 5, Jalan Sibuga, Sandakan dan lapan kes dikesan setakat ini.

“Kluster Taman Bukit Pantai juga kluster tempat kerja membabitkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Petaling di Selangor yang mana kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353,602) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 April lalu hasil saringan individu bergejala,” katanya.

Beliau berkata, kluster ini membabitkan pelajar di sebuah pusat pendidikan yang terletak di Taman Bukit Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 20 kes sudah dikesan.

“Kluster dalam komuniti pula adalah Kluster Sungai Gemuan membabitkan daerah Meradong di Sarawak dan kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-341,572) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Mac lalu hasil saringan individu bergejala. 

“Kluster ini membabitkan sebuah komuniti di Sungai Gemuan, Meradong dengan 39 kes positif Covid-19 sudah dikesan,” katanya.

Beliau berkata, Kluster Disso juga kluster komuniti membabitkan daerah Saratok di Sarawak yang mana kes indeks (iaitu kes ke-345,065) dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Mac lalu hasil saringan individu bergejala. 

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Disso, Saratok dengan 24 dikesan positif setakat ini.

“Kluster Sim-Sim juga kluster komuniti membabitkan daerah Sandakan di Sabah yang mana kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-351,343) dilaporkan positif Covid-19 pada 5 April lalu hasil saringan individu bergejala,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kluster ini ini membabitkan sebuah komuniti di Jalan Buli Sim Sim, Sandakan yang mana 15 kes dikesan setakat ini. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd