• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Ditahan Bantu Siasatan 2 Video Promosi Judi Dalam Talian

oleh
20/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai tiga individu disyaki terlibat dalam pembikinan dua lagi video promosi judi dalam talian ditahan di sekitar ibu negara pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 42 tahun itu akan direman pada Selasa bagi membantu siasatan.

“Kita mengesan dua lagi video promosi judi dalam talian yang berdurasi 48 saat dan 30 saat.

“Setakat ini sebanyak dua laporan polis telah diterima berhubung kes itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Mohamad Zainal, pihaknya tidak akan berkompromi ke atas individu yang terlibat dalam aktiviti perjudian dan pembikinan video tersebut.

“Tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi video tersebut.

“Perbuatan sedemikian bukan sahaja salah di sisi undang-undang tetapi juga boleh mendatangkan keresahan dan kegusaran awam,” katanya.

Mohamad Zainal memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – Sinar Harian

Tags: judi dalam talianvideo promosi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 Akan Dibuat Semula – King Sing

Video Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 Akan Dibuat Semula – King Sing

09/01/2025
0

PETALING JAYA - Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya,...

Jangan Sebar Video Judi Aidilfitri

23/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Pengguna media sosial diingatkan tidak menyebarkan video kegiatan judi bertemakan sambutan Aidilfitri yang dikhuatiri menggugat keselamatan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd