• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,551 Kes Baharu Covid-19, 2 Kematian

oleh
16/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,551 kes baharu penularan virus Covid-19, hari ini, menjadikan kes kumulatif 370,528.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh pula sebanyak 1,524 menjadikan kes kumulatif 350,563 atau 94.6 peratus.

Beliau berkata, kes aktif di negara ini dengan kebolehjangkitan adalah 18,600 kes.

“Sebanyak 2,522 kes adalah penularan tempatan membabitkan 2,233 warganegara atau 88.5 peratus dan 289 kes lagi bukan warganegara atau 11.5 peratus.

“Sementara itu, terdapat 29 kes import membabitkan 10 warganegara, dan 19 bukan warganegara.

“Dukacita dimaklumkan terdapat dua kematian direkodkan hari ini membabitkan warganegara menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 1,365 atau 0.37 peratus,” katanya dalam kenyataan media mengenai perkembangan terkini Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 227 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 91 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, dua kes kematian hari ini direkodkan di Hospital Sungai Buloh, membabitkan seorang lelaki berasal Selangor berusia 79 tahun mempunyai penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung.

Sementara seorang lagi lelaki berusia 61 tahun berasal Kuala Lumpur yang ada penyakit darah tinggi, jantung, dan obesiti.

“Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 960 kes (37.6 peratus). 

“Daripada jumlah ini, sebanyak 892 kes (92.9 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya.

Kes kedua tertinggi, katanya, adalah Selangor sebanyak 590 kes (23.1 peratus) diikuti Kuala Lumpur sebanyak 245 kes (9.6 peratus).

Menurutnya, sebanyak 82 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI).

“Ia membabitkan Kluster DTI Sandakan (55 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (20 kes), Kluster DTI Lenggeng (tiga kes), Kluster Tembok Sri Aman (dua kes), Kluster Telok Mas (satu kes), dan Kluster Tembok Mempaga (satu kes),” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kebenaran Rentas Negeri Diperketatkan

Next Post

Jangan Tularkan Iklan Raya Promosi Judi – Jakim

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Jangan Tularkan Iklan Raya Promosi Judi - Jakim

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd