KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 daripada 62 kluster aktif dengan pertambahan kes yang direkodkan di seluruh negara semalam, membabitkan kluster komuniti.
Kluster komuniti adalah kluster yang tercetus dalam sesebuah komuniti, antaranya melalui majlis sosial.
Berdasarkan data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan, kluster tempat kerja masih merekodkan jumlah kluster tertinggi iaitu sebanyak 33 kluster.
Selain itu, terdapat dua kluster masing-masing bagi keagamaan dan pusat tahanan.
Tapak binaan dan penjara pula masing-masing mencatatkan satu kluster.
Mengikut data CPRC Kebangsaan juga, terdapat kluster aktif yang berada di beberapa negeri berikutan pergerakan kes indeks atau kontak yang dijangkiti.
Sarawak mencatatkan jumlah kluster aktif tertinggi dengan pertambahan kes sehingga semalam, iaitu sebanyak 12 kluster, diikuti Selangor (11) dan Kelantan (9).
Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan lapan kluster, manakala Negeri Sembilan, Perak dan Kelantan masing-masing mencatatkan enam kluster.
Johor dan Pulau Pinang pula mencatatkan lima kluster, Kedah (empat), Melaka dan Putrajaya (dua) dan Labuan (satu). – BH Online

