Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 5 Lelaki...

SHAH ALAM - Polis menahan lima lelaki yang disyaki memecah dan melarikan mesin...

Hazard Boleh ‘Kalahkan’ Messi,...

PENGURUS Chelsea, Maurizio Sarri memberi cabaran kepada Eden Hazard, dengan menggesa pemainnya mengalahkan...

Bauksit: Pemandu Lori Tetap...

KUANTAN - Ada dalam kalangan pemandu lori bauksit di daerah ini dikesan merupakan...

Lubang Tembok Jadi ‘Rumah’...

SEORANG lelaki warga Afrika Selatan dari bandar King William’s di Eastern Cape, menjadikan...

1,767 Kes Baharu COVID-19

PUTRAJAYA – Jumlah kes baharu COVID-19 mencatatkan 1,767 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 363,949 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sarawak mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi hari ini iaitu 607 kes.

Katanya, tiga lagi negeri turut melaporkan pertambahan kes baharu tiga angka iaitu Selangor dengan 483 kes diikuti Kuala Lumpur (132) dan Sabah (117).

Negeri lain mencatatkan pertambahan kes dua angka iaitu Pulau Pinang (92); Johor (74); Kedah (39); Perak (36); Negeri Sembilan (29); Melaka (17); Pahang (14) dan Terengganu (13).

“Dua negeri lain ialah Putrajaya dengan tujuh kes baharu serta Labuan tiga kes. Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini,” katanya menerusi Facebooknya hari ini. – BH Online

Kategori